awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menu Rahmah: Kerajaan kaji beri insentif kepada peniaga

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/04/2023
07:30 MYT
Menu Rahmah: Kerajaan kaji beri insentif kepada peniaga
Salahuddin merasmikan Program Semarak Niaga SSM dan menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Koporat berjumlah RM100,000 kepada 500 penerima asnaf di Alor Setar pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menjalankan kajian menyeluruh dalam masa terdekat bagi mengkaji insentif kepada peniaga yang terlibat dalam pelaksanaan Menu Rahmah yang diperkenalkan sejak Februari lalu.
Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata, kajian terbabit dicadang untuk dijalankan selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Menurut beliau, tempoh empat hingga enam bulan pascapelaksanaan program terbabit adalah masa yang tepat untuk kerajaan membuat kajian dan penambahbaikan.
"Kita akan dapatkan fakta yang meliputi lokasi dan bentuk menu yang ditawarkan peniaga, selain itu ia akan turut melibatkan proses menemu duga peniaga mengenai bentuk bantuan yang mereka perlukan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Semarak Niaga SSM dan menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Koporat berjumlah RM100,000 kepada 500 penerima asnaf di Alor Setar pada Sabtu.
Turut hadir, Pengarah SSM Kedah Ismanani Khazali.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Menu Rahmah mendapat tarikan pelanggan dan mampu menjana keuntungan untuk peniaga.
Malah jelasnya, hasil temu bual seramai 1,148 peniaga bazar Ramadan, mereka menyifatkan terdapat peningkatan hasil jualan menerusi pengenalan Menu Rahmah.
"Jadi ini antara fakta yang kita sedang teliti dengan penuh bertanggungjawab. Kita faham ini adalah isu melibatkan keperluan peniaga dan rakyat.
"Sebanyak 70 peratus peniaga memaklumkan mendapat keuntungan manakala selebihnya itu mereka kata ada keuntungan tetapi tidak pada kadar yang mereka jangka," katanya.
Topic Berkaitan
#Menu Rahmah
#insentif kepada peniaga
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan