PEMERHATIAN pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak kebelakangan ini mendapati insiden melibatkan pengambilalihan akaun bagi aplikasi pemesejan semakin meningkat.
Pengambilalihan akaun aplikasi pemesejan berlaku melalui taktik penyamaran dan pemerdayaan. Taktik ini bagi memperdaya mangsa supaya menyerahkan kod pengesahan (verification code) atau kod keselamatan
(security code) 4-digit, 5-digit atau 6-digit yang dihantar oleh pihak penyedia platform aplikasi pemesejan terlibat sama ada melalui SMS, e-mel mahupun tetapan lain yang telah dipilih oleh pengguna.
Antara beberapa helah dan modus operandi yang sering digunakan oleh pelaku adalah seperti:
i. Pelaku menyamar sebagai pihak berkuasa yang menggunakan akaun pemesejan palsu dan menggunakan elemen ugutan atau pemerasan bagi mendapatkan kod pengesahan.
ii. Pelaku menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun pemesejan (milik rakan atau ahli keluarga) yang telah berjaya diambil alih sebelum ini dan seterusnya merayu bantuan mangsa
untuk menyerahkan kod pengesahan dengan dakwaan bahawa kod tersebut adalah milik mereka (rakan atau ahli keluarga), dan pihak penyedia platform aplikasi pemesejan yang berkenaan telah tersalah menghantar kod tersebut kepada mangsa.
iii. Pelaku menyamar sebagai pihak berkuasa dan memaklumkan kepada mangsa bahawa mangsa telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan rahsia yang diwujudkan oleh pihak Kerajaan. Mangsa seterusnya diarahkan untuk berkongsikan kod pengesahan yang telah dihantar melalui aplikasi pemesejan atau SMS bagi mendapatkan akses ke dalam kumpulan rahsia tersebut.
iv. Memancing data (phishing) - Pelaku akan berhubung dengan mangsa sama ada melalui aplikasi pemesejan atau di ruangan pesanan (direct message) media sosial dengan menyamar sebagai wakil kepada penyedia platform aplikasi pemesejan, dan memaklumkan bahawa mangsa telah melakukan pelanggaran privasi atau hak cipta dan pengguna diarahkan untuk klik pada pautan yang diberikan bagi tujuan pembetulan.
Sehubungan itu, pihak MCMC sekali lagi ingin menyeru orang ramai supaya mengaktifkan penyahihan dua-faktor (‘two-factor authentication’-2FA) bagi setiap akaun media sosial dan aplikasi pemesejan serta tidak berkongsikan sebarang kod pengesahan bagi mengelakkan risiko pengambilalihan akses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Butiran lanjut mengenai penyahihan dua-faktor boleh didapati di pautan:
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/NOTIS_PEMBERIT
AHUAN_AKTIFKAN_2FA_20220210_FINAL-1.pdf
Dalam pada itu, para pengguna juga diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsi kod pengesahan kepada mana-mana pihak termasuk individu yang dikenali selain tidak klik kepada sebarang URL atau pautan (link) mencurigakan.
Pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan secara terus kepada pihak pengendali platform. Mangsa juga boleh membuat aduan di https://aduan.skmm.gov.my/.
MCMC
Kenyataan Media
Thu Aug 11 2022
MCMC berkata, pengambilalihan akaun aplikasi pemesejan berlaku melalui taktik penyamaran dan pemerdayaan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MCMC diminta teliti semula reka bentuk tapak menara JENDELA - Fahmi
Fahmi berkata ini berikutan terdapat sesetengah menara yang menjadi mangsa vandalisme dan juga terlibat dengan bencana banjir.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
MCMC perkenal garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk memperkukuh keselamatan siber
MCMC berkata INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.