Taktik licik sepasang 'suami isteri' menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di Malaysia akhirnya terbongkar apabila seorang guru mengesyaki sijil kelahiran anak mereka dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Pemangku Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, Kamarul Idzham Kamal berkata muslihat rapi pasangan itu dikesan apabila guru kepada anak mereka mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada sijil kelahirannya.
"Guru itu berasa syak wasangka terhadap sijil kelahiran yang kelihatan agak pudar warnanya dan dibuat menggunakan pengimbas malah tidak seperti salinan asal.
"Berikutan berasa curiga, beliau meminta Pengetua segera menghubungi JPN bagi menyiasat latar belakang ibubapanya dan juga proses menyemak ketulenan pengenalan mereka.
"Susulan itu, pegawai JPN telah pergi ke dua buah rumah berasingan di Sri Manjung( isteri) dan Venice (suami) sebelum mendapati kedua-dua kad pengenalan mereka yang palsu,"katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Jelasnya, kedua mereka yang ditangkap adalah warga Filipina iaitu Alkima Muammil,32 yang berasal dari Zamboanga City manakala lelaki berkenaan dikenali sebagai Jabar Jojali,38 berasal dari Mindanao.
Kata Kamarul, dua individu itu telah memperdaya pihak berkuasa dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan menetap di Malaysia lebih daripada empat tahun.
Tambahnya, lelaki tersebut pernah bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan terkemuka di Segari namun kini telah berhenti kerja dan bekerja sebagai nelayan manakala wanita itu pula seorang surirumah.
"Apa yang lebih menarik, mereka sebenarnya bukan suami isteri dan duduk berasingan rumah tetapi sanggup untuk mengakui perkara berkenaan untuk mengaburi jejak penipuan mereka di Malaysia,"katanya.
Jelasnya,operasi terancang tersebut dijalankan oleh 4 orang pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Perak serta tiga pegawai dari JPN cawangan Manjung.
Kamarul berkata, kedua-dua yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Sabtu (21 Januari) bagi mendapatkan perintah tahanan reman selama 3 hari yang akan berakhir pada Isnin (23 Januari) nanti.
"Pasangan yang ditahan kini akan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana menggunakan Kad Pengenalan palsu sebagai pengenalan diri yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,"ujar beliau.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Jan 22 2017
Kedua-dua yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Sabtu (21 Januari) bagi mendapatkan perintah tahanan reman selama 3 hari yang akan berakhir pada Isnin (23 Januari) nanti. - Gambar Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.
Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
Tentera upahan: PDRM masih tunggu maklum balas Kedutaan Rusia - KPN
PDRM masih menunggu maklum balas daripada pihak Kedutaan Rusia berhubung dakwaan tersebut.
Polis siasat kesahihan kad pengenalan, lesen memandu ditemukan di Ukraine - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Ukraine.
Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.
Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.
Turkiye rancang ambil cap jari individu yang memasuki negara - Laporan
Turkiye merancang untuk melaksanakan projek yang mewajibkan pengambilan cap jari semua individu yang memasuki negara itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta memba
Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikatakan mempunyai empat kad pengenalan milik individu lain bersamanya.
Warga emas beri maklumat palsu mohon kad pengenalan dipenjara, denda
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara dan denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan.