KUALA LUMPUR: Pertubuhan Mercy Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan kerana membantu dan memudahkan pemindahan enam anggota Pasukan Perubatan Kecemasannya (EMT) dari Rafah, Gaza dengan selamat.
Dalam kenyataan hari ini, Mercy Malaysia berkata kehadiran dan sokongan dari pihak kedutaan semasa proses membawa anggota pasukan itu keluar dari Rafah adalah penting.
"Petugas kedutaan berada di sana bersama-sama dengan pasukan dari ibu pejabat Mercy Malaysia bagi menyambut ahli pasukan semasa mereka melintasi sempadan, memberikan bantuan yang amat diperlukan dan menjaga kebajikan mereka sepanjang tempoh itu.
"Mercy Malaysia sebelum ini telah menghantar tiga pasukan perubatan kecemasannya secara bergilir-gilir sejak Februari 2024. Setiap pasukan memainkan peranan dalam memberikan rawatan perubatan kritikal dan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat konflik berterusan di Gaza," menurut kenyataan itu.
Mercy Malaysia berkata urusan membawa keluar pasukan juga juga berjaya dilaksanakan menerusi bantuan dan penyelarasan yang tidak ternilai oleh Sel Koordinasi Pasukan Perubatan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO-EMTCC).
"Usaha mereka menjamin laluan selamat bagi sukarelawan kami adalah penting, dan kami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada WHO-EMTCC atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi," menurutnya.
Sementara itu Mercy Malaysia berkata ia akan kekal komited terhadap misinya menyediakan bantuan perubatan dan bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang mengalami krisis, dan pada masa yang sama memastikan keselamatan serta kesejahteraan sukarelawan mereka terus menjadi keutamaan.
Kementerian Luar semalam mengesahkan bahawa kesemua enam ahli EMT Mercy Malaysia selamat dipindahkan dari Rafah, Gaza secara berkumpulan, bersama dengan kakitangan antarabangsa yang lain.
Kumpulan itu berlepas masing-masing pada 23, 24 serta 28 Mei, dan dua ahli terakhir berlepas pada 31 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024
Kementerian Luar semalam mengesahkan bahawa kesemua enam ahli EMT Mercy Malaysia selamat dipindahkan dari Rafah, Gaza.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Mercy Malaysia raih RM6 juta untuk Tabung Kecemasan Gempa Bumi Turkiye-Syria 2023
"Organisasi korporat, institusi, para dermawan dan anggota masyarakat patut menyumbang bagi memastikan pendanaan dan sokongan yang konsisten."
Mercy Malaysia aktifkan Pusat Operasi Respons Banjir
Bantuan kemanusiaan merangkumi sokongan penjagaan kesihatan; makanan dan nutrisi; air, sanitasi dan kebersihan serta logistik dan operasi.
Mercy Malaysia aktifkan pelan tindak balas kemanusiaan Afghanistan
Pelan itu merangkumi bantuan makanan; sokongan penjagaan kesihatan dan COVID-19 serta air, sanitasi dan kebersihan (WASH).
Mercy Malaysia sumbang RM500,000 aset perubatan bagi hospital medan COVID-19 Labuan
Mercy Malaysia sumbang aset perubatan di bawah tindak balas kecemasan untuk membantu melengkapkan hospital medan COVID-19 Labuan.
COVID-19: MERCY Malaysia sedia lakukan intervensi secara optimum di Sabah
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) bersiap siaga bagi melakukan intervensi secara optimum termasuk membantu frontliners di hospital
32 sekolah terpilih fasa pertama 'kiosk cuci tangan'
Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia itu akan diperluaskan di seluruh negara.
COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.
MERCY mahu kumpul RM5 juta bantu pelarian Rohingya
Kebimbangan utama MERCY Malaysia ialah berlaku wabak penyakit ekoran keadaan persekitaran yang padat dengan penduduk yang melarikan diri.
MERCY Malaysia bantu 500 pelarian Syria di Lubnan
Pasukan MERCY Malaysia kini berada di Lubnan untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria yang berada di negara tersebut.
Operasi SAR Rakyat Malaysia di Nepal bermula
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), yang digerakkan untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi di Nepal, berlepas ke Kathmandu pada 6.30 pagi tadi.