KUALA LUMPUR: Komitmen seluruh lapisan masyarakat menjadi kunci kejayaan pelaksanaan Malaysia Madani yang berteraskan enam rukun bagi mengembalikan negara ini kepada status negara cemerlang.
Pembasmian kemiskinan iaitu satu daripada tiga keutamaan strategik dalam kerangka Malaysia Madani turut menjadi agenda utama Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini memandangkan, setelah lebih 60 tahun merdeka, jumlah golongan miskin tegar masih lagi tinggi dengan 136,000 isi rumah sementara 308,000 lagi isi rumah dalam kategori miskin.
Menyifatkannya sebagai sesuatu memalukan dan tidak sepatutnya berlaku, Perdana Menteri ketika melancarkan kerangka Malaysia Madani berkata, dua keutamaan lain adalah penstrukturan semula ekonomi serta memulih dan menjana ekonomi
Enam rukun dalam kerangka Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan memerlukan kepada kesalinghubungan yang rapat serta proses reformasi, perbincangan yang kolektif antara semua pihak, serta maklum balas daripada rakyat.
Konsep keterangkuman inilah yang ingin digarap Anwar selepas memperkenalkan kerangka Malaysia Madani dalam ucapan amanat 'Membangun Malaysia Madani' pada 19 Januari lepas bagi membina semula negara bangsa Malaysia yang lebih berdaya saing.
MENANGANI ISU MISKIN TEGAR JADI FOKUS UTAMA
Pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin ketika mengulas isu kemiskinan berkata, pihak kerajaan boleh memikirkan pendekatan bantuan baharu yang boleh terus meringankan beban rakyat sama ada berbentuk jangka pendek mahupun jangka panjang.
"Contohnya dalam bantuan jangka pendek, pihak kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni serta memberikan pelbagai bantuan termasuk bantuan kewangan bulanan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.
"Contoh sedia ada seperti Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Warga Emas (BWE).
"Mungkin boleh berbincang dengan JKM untuk menyediakan beberapa lagi bantuan baharu yang difikirkan sesuai oleh kerajaan mengikut situasi dan kehendak semasa.
"Namun ia perlu juga melihat apakah ia akan beri impak besar kepada implikasi kewangan negara dalam tempoh mendatang, " katanya kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurut Muhammad Iqmal Hisham lagi, kerajaan juga perlu merangka bantuan jangka panjang dan pembinaan modal insan perlu diterapkan agar golongan miskin dan miskin tegar ini bersedia bukan sahaja dari sudut fizikal bahkan dari sudut pemikiran untuk mengubah taraf kehidupan mereka.
Ini termasuklah memberikan latihan dan pendidikan berkaitan kemahiran dan pengurusan kewangan agar golongan berkenaan dapat memanfaatkan pengetahuan untuk mengubah taraf hidup mereka.
Beliau juga berpandangan, masyarakat awam juga mesti membantu golongan berkenaan untuk menaik taraf kemampuan kewangan mereka di samping memastikan tiada golongan yang tercicir ketika negara menuju kepada status berpendapatan tinggi.
Visi ini dilihat selaras dengan kenyataan Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli sebelum ini yang menyebut, tumpuan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi harus diberikan kepada matlamat pembangunan mampan, ekonomi berasaskan pengetahuan serta pembangunan teknologi negara.
"Apabila golongan rentan ini diberikan kemahiran dan bantuan memulakan perniagaan sendiri dan bekerja, masyarakat setempat boleh membantu dengan menyokong perniagaan dan pekerjaan yang mereka lakukan.
'Ini termasuklah menjadi pembeli dan pengguna barangan dan perkhidmatan yang disediakan.
"Mana-mana ahli masyarakat yang mampu menjadi majikan juga boleh membantu dengan menawarkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran mereka untuk menambahkan pendapatan golongan ini," jelas Muhammad Iqmal Hisham.
Selain itu, kerajaan perlu juga menyusun strategi demi mengumpulkan kekuatan semua pihak berkepentingan bagi memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan ekonomi domestik dan membawa golongan rentan ini keluar dari kepompong kemiskinan.
Malaysia juga perlu meningkatkan lagi pengeluar barangan serta perkhidmatan dan memasarkannya di pasaran domestik terutamanya barangan dan perkhidmatan berkaitan makanan, yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import
"Untuk menjayakan langkah ini, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak insentif bagi menggalakkan pertambahan pemain industri ini dan bantuan bukan hanya tertumpu pada bantuan modal semata-mata.
"Bantuan lain termasuklah menyediakan sokongan rantaian bekalan yang lengkap dan mencukupi agar pemain ini dapat menawarkan barangan dan perkhidmatan dengan harga yang kompetitif dan pada masa yang sama memiliki margin keuntungan yang kompetitif.
"Ini secara tidak langsung akan menjadikan ekonomi domestik lebih mandiri dan tidak bergantung dan terdedah dengan ekonomi luar yang tidak menentu," tambahnya.
TEPAT PADA MASANYA
Bagi Pengarah Eksekutif IDE Datuk Ismail Yusop pula, beliau berpandangan kerangka Malaysia Madani yang diikat dengan enam rukun ini cukup signifikan dan tepat pula masanya untuk digerakkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar memandangkan beliau mempunyai pengalaman dan kematangan yang cukup luas dalam pengurusan negara.
"Dalam tempoh empat dekad Anwar berhadapan sepak terajang dunia politik bermula sebagai pemimpin belia sehinggalah pernah menjawat beberapa jawatan penting kerajaan termasuklah Timbalan Perdana Menteri, saya cukup yakin beliau dan kerajaan pimpinannnya mampu merealisasikan kerangka ini.
"Beliau cukup tegas untuk memanfaatkan semua kekuatan yang kita ada iaitu kemajmukan rakyat yang diikat berlandaskan Perlembagaan.
"Apatah lagi dalam situasi dunia pasca normal ini, kita tidak boleh lagi tangani isu semasa dengan cara konvensional, ini kerana situasi sekarang cukup berbeza dan rencam, lebih kucar-kacir.
"Berdasarkan setiap satu rukun ini, kita tidak boleh melihat ia secara konvensional dari satu sudut, kerana setiap satu rukun ini, ia terkait soal urus tadbir, ekonomi, pendidikan sosial dan segala macam aspek kehidupan.
"Jika kita masih ingat amanat tahun baharu yang diucapkan beliau baru-baru ini iaitu pentingnya urus tadbir negara melibatkan semua peringkat bukan sahaja golongan eksekutif tetapi juga merangkumi penjawat awam dan rakyat terbanyak," jelasnya.
Beliau menambah, kerangka Malaysia Madani ini cukup penting untuk dilaksanakan memandangkan negara memerlukan kepada suatu pendekatan baharu dan lebih segar untuk menangani masalah yang dihadapi sekarang termasuk dari segi sosioekonomi dan politik.
"Mengapa penting untuk kita berikan nafas baharu kepada pendekatan membina negara bangsa?
"Ini kerana masalah yang kita ada sekarang bukan lagi seperti dahulu, persepsi orang terbanyak cukup mudah dipengaruhi anasir buruk yang tular di media sosial, dan dunia kita kini lebih terbuka dan liberal untuk pengaruh-pengaruh luar masuk dengan cepat.
"Namun perlu ditegaskan, jika Anwar dan kerajaan pimpinannya ingin melaksanakan kerangka negara Malaysia Madani ini, kita semua haruslah memberi ruang kepada mereka dalam tempoh satu penggal ini untuk kita lihat sendiri hasilnya.
"Dengan itu kestabilan politik perlulah dikekalkan dan dari situ barulah kita akan dapat membina negara yang harmoni dan sejahtera sambil meraikan kepelbagaian yang membentuk Malaysia," katanya.
KITA ADALAH AGEN PERUBAHAN
Ismail yang turut menyentuh tentang usaha membangun negara bangsa berkata, semua pihak perlu berani menjadi agen perubahan, bukan hanya membiarkan Malaysia hanyut dibawa arus pemodenan sehingga hilang nilai kemanusiaan.
"Contohnya dalam isu rasuah, kita sering dimomokkan dari sekolah rendah bahawa negara kita hidup di bawah bayangan rasuah sehingga ia memberi kesan negatif kepada personaliti seseorang.
"Oleh itu, apakah kita hanya ingin berdiam diri sahaja tanpa melakukan perubahan? Barah rasuah ini berlaku dalam keadaan cukup sistemik dan tersusun, sehingga membuatkan pelakunya tidak rasa bersalah melakukannya.
"Oleh itu, kita jangan hanya pandai menuding jari sahaja. Paling penting ialah bagaimana kita perlu sering muhasabah diri dan melihat apakah tindakan pelaksanaan yang agresif untuk menangani gejala rasuah ini khususnya yang berlaku di peringkat eksekutif, penjawat awam dan rakyat," katanya.
Menurut statistik keseluruhan tangkapan kes rasuah bagi tahun 2022 yang dipaparkan di laman sprm.gov.my, sebanyak 909 kes tangkapan dibuat membabitkan penjawat awam (323 orang) dan orang awam (586 orang).
"Statistik sebegini sudah tentunya tidak boleh dipandang ringan sekiranya mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang bebas rasuah, " katanya.
BUKAN HANYA UNTUK MUSLIM SAHAJA
Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut senada dengan Ismail dan beliau berpandangan antara objektif utama kerangka Malaysia Madani itu dibina adalah bagi menekankan kepada keadilan sosial.
Initipati keadilan sosial itu seharusnya membela orang miskin dan membasmi kemiskinan, dan antara punca berlakunya gejala kemiskinan adalah kerana kegiatan rasuah yang berleluasa yang biasanya berlaku dalam bentuk top-down pyramid iaitu dari pihak atasan dan merebak hingga ke peringkat bawahan.
"Sifirnya cukup mudah. Jika ketirisan disebabkan rasuah ini dapat dikawal dengan proaktif maka banyak wang rakyat boleh diselamatkan dan digunakan semula untuk membantu orang miskin.
"Kerajaan perlu jadi contoh terbaik bagaimana kita boleh bekerja bersama-sama membanteras habis-habisan rasuah.
"Anwar sendiri menegaskan beliau tidak akan mencampuradukkan sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah dalam negara, manakala sebarang pengambilan harta negara harus dipulangkan semula kepada rakyat," jelasnya.
Dalam pada itu, Mohd Azizuddin turut berharap kerangka Malaysia Madani ini tidak disalah erti sebagai konsep yang hanya terpakai untuk orang Islam sahaja,
Ini kerana, kata beliau, konsep Madani yang terkait dengan konsep ketamadunan juga sesuai dalam masyarakat pelbagai kaum.
Beliau menambah, matlamat yang diutarakan PM Anwar adalah untuk melaksanakan tingkah laku yang terbaik dalam menyelesaikan isu utama rakyat kini iaitu kemiskinan, keadilan sosial dan membasmi rasuah sebagai keutamaan kerajaan beliau kini.
"Setiap kerajaan pasti ada konsep dan temanya sendiri. Sebagai contoh, konsep Keluarga Malaysia dan juga 1Malaysia misalnya oleh kerajaan terdahulu sebenarnya adalah terangkum di dalam konsep Madani yang lebih besar sifatnya.
"Keluarga Malaysia merujuk kepada rakyat Malaysia hidup bernegara sebagai sebuah keluarga dan menekankan ciri-ciri kekeluargaan. 1Malaysia pula melihat kesepaduan rakyat Malaysia atas matlamat yang sama iaitu Transformasi Malaysia, keselesaan rakyat dan perpaduan kaum.
"Konteks Malaysia Madani sebenarnya melihat perkara berkenaan juga tetapi dalam ruang lingkup yang lebih luas menjadikan Malaysia sebuah negara yang bertamadun dari segi kemajuan nilai dan kemajuan fizikal.
"Atas dasar ini, PM Anwar yakin konsep Malaysia Madani ini boleh menjadikan negara kita kembali disegani kerana matlamat bernegara menitikberatkan kemakmuran bersama rakyat Malaysia yang akan memberikan kebahagian dan kebaikan umum," jelasnya.
Dalam merealisasikan kerangka ini, Mohd Azizuddin mencadangkan supaya kerajaan turut memberikan tumpuan ke arah bersaing dengan kuasa dunia lain melalui perdagangan dan teknologi di dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 ini.
"Pelaburan yang besar daripada segi penyelidikan diperlukan bagi menjadikan Malaysia hub kepada pelbagai sektor seperti pendidikan, teknologi hijau, dan pelbagai lagi, " katanya.
SISIPAN
Konsep Malaysia Madani ini diambil daripada buku 'Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi' yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2022.
Buku setebal 187 muka surat terbitan Institut Darul Ehsan (IDE) pada tahun 2022 dengan kerjasama Pusat Dasar Pasca Normal dan Kajian Masa Depan (CPPFS), menekankan dasar rangka kerja bagi memenuhi keperluan serta potensi masa depan negara.
Tiga keutamaan yang terkandung dalam kerangka berkenaan iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi, serta memulih dan menjana ekonomi turut menjadi keutamaan kerajaan.
Semua kementerian turut bertanggungjawab dalam mempromosi dan memupuk konsep Malaysia Madani, dengan Kementerian Perpaduan akan menjayakan program berkonsepkan Malaysia Madani bermula di Sarawak pada Mei ini, dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Anwar (kiri) ketika menghadiri Majlis Pelancaran Program Wacana Membangun Malaysia Madani di PICC pada 19 Jan 2023. Turut kelihatan TPM Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah). -fotoBERNAMA
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.