awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej dan audio viral pencerobohan tidak benar - Komander Esscom

Bernama
Bernama
21/09/2016
02:03 MYT
Mesej dan audio viral pencerobohan tidak benar - Komander Esscom
Semalam, satu audio berlatarkan suara lelaki menjadi viral selepas meminta orang ramai tidak pergi ke kawasan bandar atau tepian pantai berikutan kononnya berlaku pencerobohan. - Gambar fail
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meminta orang ramai tidak mempercayai mesej dan audio yang diviralkan melalui aplikasi WhatsApp kononnya berlaku pencerobohan di Lahad Datu dan Sandakan.
Komander Esscom DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata ini kerana perkara yang disebarkan sejak semalam itu adalah tidak benar sama sekali.
"Tidak ada apa-apa yang berlaku sepertimana yang diviralkan dalam audio dan sebagainya ... Abaikan WhatsApp viral sedemikian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Ditanya sekiranya viral itu timbul ekoran latihan yang dijalankan daripada Esscom beliau menafikan perkara itu.
"Kami tiada buat latihan pun...tiada apa yang berlaku...selepas kekecohan ini timbul, kami terpaksa mengesahkan perkara ini dengan pejabat polis daerah untuk kesahihannya," katanya lagi.
Katanya, orang ramai tidak perlu panik dan boleh menghubungi Pusat Operasi Esscom (089-863181) atau ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan maklumat sahih.
Semalam, satu audio berlatarkan suara lelaki menjadi viral selepas meminta orang ramai tidak pergi ke kawasan bandar atau tepian pantai berikutan kononnya berlaku pencerobohan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Wan Abdul Wan Abdul Khalid
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan