KUALA LUMPUR: Mesej tular mengatakan hujan lebat berterusan yang berlaku beberapa hari lepas adalah disebabkan ekor Taufan Rai yang membadai Filipina ketika ini dan dalam perjalanan ke arah barat menuju Malaysia, adalah tidak benar sama sekali.
Tegas Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, tidak dinafikan taufan itu sedikit sebanyak menyumbang, tetapi fenomena yang melanda negara beberapa hari lepas adalah disebabkan pertembungan beberapa keadaan.
Katanya, apa yang berlaku sebenarnya adalah satu fenomena yang dipanggil 'tropical depression' atau lekukan tropika yang terbentuk di Laut China Selatan yang bergerak melanda Pahang pada asalnya.
Kemudian kekuatannya berkurangan dan diklasifikasikan sebagai satu sistem tekanan rendah.
“Ia bergerak ke arah barat dan mempengaruhi kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur dan Selangor, dan ianya berakhir di Selat Melaka sekitar 17 Disember.
“Jadi sistem tersebut berinteraksi dengan luruan monsun atau 'cold surge' iaitu deruan angin kencang yang datang dari China, menyebabkan berlaku hujan lebat luar biasa tempoh hari,” katanya.
Taufan Palau pula terbentuk daripada lekukan tropika di Laut Pasifik yang semakin menguat tatkala ia bergerak ke barat dan mencapai kemuncaknya apabila sampai ke pantai timur Filipina pada 16 Disember.
Taufan itu terus bergerak ke barat ke Laut China Selatan dan melemah. Namun pada 18 Disember, ia menguat semula tetapi melemah kembali pada keesokan harinya sambil bergerak terus ke arah barat-barat laut.
Maka berdasarkan fakta itu Helmi menafikan dakwaan bahawa akan sampai taufan itu ke tanah ini, malah berdasarkan cerapan terkini Met Malaysia mendapati tiada tanda-tanda akan berlaku lagi episod hujan lebat berterusan dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu akan datang ini.
“Kami telah menamatkan amaran hujan lebat berterusan pada 19 Disember dan pihak kami juga tidak menjangkakan dalam tempoh terdekat ini akan berlaku episod hujan lebat di negara kita.
“Setakat ini belum ada tanda-tanda awal lagi berdasarkan rujukan kami kepada model-model global juga model-model cuaca yang dioperasikan oleh pihak kami,” katanya.
Tonton temu bual penuh beliau dalam program Agenda AWANI bersama hos Essan Yahya, di sini:
Israr Khalid
Mon Dec 20 2021

Cuaca luar biasa yang melanda negara adalah disebabkan pertembungan beberapa keadaan tekanan udara dan pergerakan angin. - Foto BERNAMA

Durian premium di Pulau Pinang pada harga mampu milik bulan depan
Pada masa ini hanya Pulau Pinang yang mempunyai lebih banyak bekalan buah itu di pasaran sejak awal bulan ini.

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Isu Palestin-Israel | Dunia perlu hukum Israel ekoran kekejamannya
Dunia seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis atas kekejaman dilakukan kepada penduduk Palestin.Demikian tegas Jurucakap Khas mengenai Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francessca Albenese.

Perniagaan Francais | KPDNHEP mohon peruntukan tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memohon tambahan peruntukan dari kerajaan bagi membangunkan perniagaan francais. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ini bagi merancakkan lagi bidang itu yang memiliki potensi membantu perniagaan mikro.

Pendidikan | Tangani masalah keciciran murid
NGO Pendidikan Untuk Malaysia menerima 1,541 laporan murid cicir di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun NGO berkenaan hanya berupaya membantu 343 kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" di Republik Dominican, pada Khamis.

Ballon d'Or: Mane sedih pemain Afrika kurang diiktiraf
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah itu sejak 2008.

WEF 2022 | Kesediaan dunia laksana ESG, depani cabaran teknologi
Inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merupakan asas penting dalam pelaksanaan sama ada di peringkat kerajaan mahupun perniagaan. Di sebalik mengaplikasi ESG, terdapat juga cabaran-cabaran lain yang perlu ditempuh. Editor Niaga AWANI, Najib Aroff ada perincian dari Davos, Switzerland sempena Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2022.

Ekonomi | Inflasi meningkat, perlu penyelesaian menyeluruh
Pakar Ekonomi MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli mengulas isu inflasi serta strategi penyelesaiannya.

Khazanah Nasional fokus ruang pertumbuhan baharu, pengukuhan sektor
Khazanah memperuntukkan RM6 bilion untuk lima tahun ke sektor-sektor yang dapat membangunkan Malaysia.

Kemerosotan Sapura tidak menjadi masalah sistemik kepada PNB
Dalam konteks portfolio PNB, pelaburan dalam Sapura hanya 1 peratus.

Forum Ekonomi Dunia 2022 jadi panduan pemimpin tangani krisis global
Krisis global memerlukan respon yang terkoordinasi antara semua negara dunia.

Malaysia perlu lebih terlibat dalam pembuatan dasar peringkat rantau dan global - Shahril Hamdan
Kita tidak boleh lagi asyik berbicara hal-hal picisan yang tidak membawa kepada pembangunan negara.

Subsidi makanan kepada golongan miskin tegar adalah lebih baik - Pakar
Pemberian subsidi kepada penternak ayam secara tidak langsung memberi bantuan kepada setiap golongan, termasuk mereka yang kaya.

Vaksin bukan pencegah jangkitan, tapi mengurangkan risiko kesan serius - Pakar
Vaksin berkesan sebagai ikhtiar perlindungan terutama untuk kumpulan rentan iaitu warga emas dan mereka yang berpenyakit komorbid.

Kenali dua jenis ganja, jangan mudah salah faham - Pakar
Ada ganja jantan, ada ganja betina dan kandungan bahan-bahan psikoaktif di dalamnya juga berbeza.

Harus diingat, pandemik belum berakhir - Pakar epidemiologi
Harus diingat, WHO masih belum mengisytihar pandemik COVID-19 sudah tamat kerana ancaman wabak itu masih wujud.

Wanita sewajarnya bersifat terbuka bicara masalah kesihatan secara meluas
Pendidikan awal melibatkan semangat dan keberanian wanita untuk bertanyakan kepada pakar atau doktor tentang kesihatan mereka dilihat amat kritikal dan diperlukan pada masa ini.

Pembikin filem diseru bersama CyCORE banteras cetak rompak digital
Inisiatif itu merupakan kaedah terancang untuk menyekat kegiatan muat naik dan muat turun filem secara haram di internet.