awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesin permainan anak patung kanak-kanak termasuk kategori judi - Mufti Perlis

Sinar Harian
Sinar Harian
09/06/2022
04:53 MYT
Mesin permainan anak patung kanak-kanak termasuk kategori judi - Mufti Perlis
Permainan itu dianggap judi kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang berkenaan. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Mesin permainan anak patung kanak-kanak atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam kategori perjudian iaitu al-Maisir.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia berikutan kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang berkenaan.
“Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak lagi akan kerugian.
“Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan,” katanya dalam hantaran di akaun Instagramnya pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata, seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti mesin permainan itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.
“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk dalam dosa besar,” ujarnya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mesin permainan anak patung
#judi
#Mufti Perlis
#Mohd Asri Zainul Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan