KUALA LUMPUR: Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr menekankan peri pentingnya untuk seluruh umat Islam bersatu bagi membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Nasr berkata Mesir telah mengambil pelbagai langkah terutamanya dalam usaha penyaluran bantuan kemanusiaan, membendung krisis dan mencapai gencatan senjata sepenuhnya di wilayah yang terkepung yang menjadi sasaran bedilan bom itu.
Beliau turut mengakui peranan penting yang dimainkan Mesir dan Malaysia dalam usaha mencapai gencatan senjata segera dan memudahkan akses bantuan kemanusiaan.
"Sejak hari pertama, Mesir dan Malaysia telah bekerja tanpa kenal erti jemu dalam dua isu utama; gencatan senjata segera dan akses untuk bantuan kemanusiaan.
"Kerajaan Mesir telah menyumbang 75 peratus daripada jumlah bantuan kemanusiaan ke Gaza, termasuk bahan api, makanan, air, bekalan perubatan, peralatan dan pakaian.
"Mesir turut berusaha menubuhkan hospital lapangan di Rafah dan dua pusat perlindungan di Rafah dan Khan Younis selain merancang mewujudkan pusat perlindungan yang ketiga di Khan Younis," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini, pada Jumaat.
Nasr berkata sehingga kini Mesir sudah merawat 42,000 rakyat Palestin yang cedera di 16 hospital Mesir dan daripada jumlah ini seramai 3,000 masih dirawat.
Usaha sudah dibuat untuk membawa keluar 47,000 warga asing, termasuk warga Malaysia, Nurul Ain Harun, yang terperangkap di Gaza dan Mesir kekal komited untuk membantu mereka yang memerlukan.
Mengenai persoalan sama ada kerajaan Mesir merancang menubuhkan kem pelarian di sempadannya atau membawa keluar rakyat Palestin jika pencerobohan Israel semakin berleluasa, duta itu berkata kerajaan Mesir membantah sebarang usaha untuk memaksa penduduk Palestin berpindah ke luar dari Gaza.
Beliau berkata apa yang dimahukan oleh Israel selama ini ialah rakyat Palestin meninggalkan tanah air mereka sedangkan rakyat Palestin bermati-matian berjuang untuk terus tinggal di Gaza.
Duta itu amat menghargai sokongan padu Malaysia yang secara tidak langsung memperlihatkan penglibatan proaktif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk memastikan akses untuk bantuan Malaysia dengan kerjasama Mesir.
"Malaysia telah membuat tiga penghantaran bantuan kemanusiaan seberat sehingga 100 tan melalui udara ke Gaza dari November hingga Disember dan sedang siap sedia untuk melakukan penghantaran terbaharu seberat kira-kira 100 tan yang dijadual tiba pada Mac 2024.
Beliau berkata bantuan Malaysia diberi keutamaan untuk memasuki Gaza dan kerjasama sepenuhnya sedang dilakukan antara kedua-dua kerajaan bagi memastikan bantuan itu sampai tepat pada masanya kepada golongan yang paling memerlukan.
Komitmen Malaysia meliputi sumbangan kewangan dengan tambahan sebanyak US$2.1 juta (RM10 juta) kepada Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Dalam perbualan telefon baru-baru ini, Anwar memaklumkan kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi mengenai sumbangan Malaysia dan menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa untuk membiayai UNRWA.
Mesir menyokong penyelesaian dua negara iaitu negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Nasr turut mengakui peranan penting yang dimainkan Mesir dan Malaysia dalam usaha mencapai gencatan senjata segera dan memudahkan akses bantuan kemanusiaan. - Foto BERNAMA
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
Hamas kata tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza
Gencatan senjata secara kekal adalah satu-satunya jaminan untuk menghentikan pertumpahan darah serta pembunuhan beramai-ramai.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
Hamas tolak cadangan gencatan senjata Israel
Selepas lebih enam bulan berperang dengan Israel di Gaza, rundingan masih menemui jalan buntu.
PM hubungi Ismail Haniyeh ucap takziah, nyatakan solidariti Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi pemimpin paling kanan Hamas, Ismail Haniyeh pada petang Khamis bagi mengucap takziah atas kehilangan tiga anak dan empat cucunya dalam serangan udara Israel.
Pembunuhan anak pemimpin Hamas tiada kaitan dengan gencatan senjata, rundingan tebusan, kata Israel
Pegawai Israel nafi dakwaan pembunuhan tiga anak Ismail Haniyeh berkait rapat dengan rundingan gencatan senjata dan perjanjian tebusan.