awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meskipun berusia puluhan tahun, aset TLDM masih mampu beroperasi- Panglima

Bernama
Bernama
23/08/2019
08:24 MYT
Meskipun berusia puluhan tahun, aset TLDM masih mampu beroperasi- Panglima
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (empat, kiri) bergambar bersama Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany (empat, kanan) selepas Majlis Penganugerahan Hall of Fame Ke-14 hari ini. - Foto BERNAMA
Aset pertahanan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih lagi mampu berfungsi melaksanakan operasi ketenteraan meskipun berusia puluhan tahun.
Panglima TLDM Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata aset-aset seperti KD Perdana masih berupaya belayar, menembak meriam dan melakukan pelbagai operasi lain.
"Sebagai contoh KD Perdana telah berusia 47 tahun dan kini ia berfungsi tetapi bukan 100 peratus kerana sebahagian keupayaan asalnya tidak boleh dikekalkan kerana isu keusangan.
"Aset-aset ini bagaimanapun tidak mempunyai masalah untuk belayar dan menembak meriam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Hall Of Fame ke-14 di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Reza berkata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang melawat KD Perdana di Kuantan, Pahang semalam turut berpuas hati dengan cara TLDM menyelenggara aset itu.
"Menteri telah melihat sendiri keupayaan aset-aset TLDM dan mungkin dapat jelaskan apa yang dilihatnya semalam kepada Kabinet," katanya.
Sementara itu, beliau berkata TLDM akan terus membantu pelaksanaan Ops Naga yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negara terjaga.
Pada majlis itu, Mohd Reza dilantik secara rasmi sebagai anggota ke-14, Hall of Fame MTAT dan menerima satu momento sebagai simbol penghormatan dan pengiktirafan daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin
Hall of Fame merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada alumni MTAT yang memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan dalam dan luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#kabinet
#Kuantan
#Malaysia
#menteri
#Mohamad Sabu
#Mohd Reza Mohd Sany
#operasi
#Pahang
#Panglima TLDM
#tentera
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan