ISKANDAR PUTERI: Bekas pemain Arsenal Mesut Ozil tidak pernah berada dalam perancangan Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk diambil sebagai pemain baharu.
Pemilik Kelab JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah demikian sekali gus menepis desas-desus yang mengatakan bintang kelahiran Jerman itu bakal menyertai kelabnya.
Baginda bagaimanapun memberi bayangan bahawa tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkan pemain kelab Sepanyol Sevilla iaitu Papu Gomez sekiranya mampu memberikan komitmen untuk bermain di JDT.
"Saya tidak tahu mana cerita Mesut Ozil ini datang, tetapi jikalau Papu Gomez.. kalau dia boleh memberi saya komitmen dan harga munasabah, insya-Allah. Tetapi Mesut Ozil tidak pernah ada dalam perancangan saya.
"Kalau dia (Ozil) bagus kenapa tidak ada satu pun kelab ambil dia, mungkin ada masalah peribadi, kita tidak tahu, mungkin dari segi sikap... saya tidak mahu memburukkan sesiapa kerana saya tidak kenal dia.
"Tetapi, itu antara faktor kami harus ambil dan buat penilaian, tidak kami terima setakat hendak nama besar sahaja dalam JDT, saya hendak keputusan, kejayaan dan bukan jadi populis," titah baginda dalam Sesi Soal Jawab Bersama Penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.
Baginda pada masa sama bertitah tidak mahu JDT dijadikan sebagai kelab persaraan untuk mana-mana pemain dunia dan menjelaskan hanya pemain yang mampu memberikan komitmen dan sanggup berjuang bermati-matian untuk pasukan berada di kelab itu.
"Saya rasa, saya tidak akan bayar pemain yang tidak akan lari tiga meter dalam padang. Di Johor tidak ada superstar, yang ada, pemain yang memberi komitmen dan sanggup bermati-matian antara satu sama lain, komited untuk menyerang dan bertahan sebagai satu unit," titah baginda.
Baginda juga bertitah penyertaan JDT III dalam pertandingan bola sepak kompetitif seperti Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 pada masa sama mampu memberikan pendedahan kepada pemain sekali gus memperbaiki prestasi pemain.
Perjuangan JDT III pada Sukma ke-20 berakhir di peringkat suku akhir setelah tewas 4-5 menerusi sepakan penalti ketika berdepan Wilayah Persekutuan setelah terikat 1-1 dalam 90 minit perlawanan.
Sementara itu, Tunku Ismail turut menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet Johor atas kejayaan mendahului tangga teratas carta kutipan pingat Sukma ke-20.
Setakat semalam, Johor mendahului kutipan pingat pada temasya sukan dwitahunan itu dengan 50 pingat emas, 31 perak dan 21 gangsa diikuti Terengganu 26 emas, 26 perak dan 24 gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Tunku Mahkota Johor berkenan hadir pada Sesi Soal Jawab Bersama Penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri malam tadi. - Facebook/Johor Southern Tigers
Jualan Proton melonjak 13.6 peratus kepada 12,522 unit pada Mei
Proton mencatatkan kadar pertumbuhan jualan sebanyak 13.6 peratus kepada 12,522 unit pada Mei 2024 bagi pasaran domestik dan eksport berbanding bulan sebelumnya.
Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC
Semalam Ketua Polis Daerah Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz berkata bom palsu itu disahkan selepas Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan pemeriksaan menggunakan dua anjing pengesan dan teknologi keselamatan.
Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100
Pekerja sambilan sewa kereta didenda RM100 selepas mengaku bersalah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera.
Piala Dunia Kuala Lumpur cetus penanda aras baharu sepak takraw - ISTAF
Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur yang berlangsung dari 18 hingga 26 Mei mencetuskan satu penanda aras baharu.
Kes pecah rumah Kieda Crepe: Empat termasuk dua wanita ditahan
Kesemua mereka ditahan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi sejurus selepas selesai prosiding sebutan bagi satu kes pecah rumah di sana.
Sekutu sokong Modi untuk penggal ketiga sebagai PM India
Sekutu pilihan raya Perdana Menteri India, Narendra Modi, telah menyokong beliau untuk memegang jawatan itu bagi penggal lima tahun lagi.
Teknologi kewangan: Pacu kecekapan anak muda demi manfaat bersama - PM
Agensi khususnya dalam industri perbankan, perlu meneruskan usaha memacu kecekapan anak muda supaya faedah transformasi digital dapat dinikmati semua peringkat.
Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC
Asmadi berkata, Polis Daerah Putrajaya juga telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.
CMCF sahut saranan tangani penyalahgunaan AI dengan pengawalseliaan
Ia selari dengan misi CMCF untuk menyokong pengawalseliaan kendiri kandungan dalam ruang digital Malaysia seperti yang digariskan dalam Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2022.
AWANI Ringkas: Polis mohon sambung reman ibu bapa Zayn
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.
Piala Dunia Qatar: Mesut Ozil sedih Cristiano Ronaldo kurang dihargai
Mesut Ozil sukar mempercayai bahawa bekas rakan sepasukannya di Real Madrid Cristiano Ronaldo kurang dihormati di penghujung kerjayanya.
Mesut Ozil tidak pernah berada dalam perancangan JDT - TMJ
Pemilik Kelab JDT itu sekali gus menepis desas-desus yang mengatakan bintang kelahiran Jerman itu bakal menyertai kelabnya.
Fenerbahce lepaskan khidmat Ozil atas persetujuan bersama
Ozil dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Istanbul Basaksehir dan Fenerbahce mengumumkan penghijrahannya pada Rabu.
Ozil dilapor tamat kontrak Arsenal, pindah ke Fenerbahce
Ozil, 32, tidak tampil bermain untuk Arsenal sejak Mac lalu dan dipinggirkan daripada skuad Liga Premier dan Liga Europa.
Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.
Setelah 'Black Lives Matter', gerakkan 'Muslim Lives Matter'
Pasukan-pasukan boleh menunjukkan mereka berbeza dengan memakai patch "Muslim Lives Matter" pada lengan jersi mereka sepertimana pemain-pemain EPL memakai patch "Black Lives Matter".
Ozil perlu keluar dari Arsenal - Keown, Simpson
Sejak EPL bersambung, Ozil masih belum bermain dalam kesebelasan utama Arsenal kendalian Mikel Arteta.
Arteta tidak terkejut dengan kemampuan Ozil
Ozil kerap kali menjadi kritikan di sebalik persembahan longlai Arsenal sementara kegagalan pemenang Piala Dunia 2010 itu untuk mempamerkan aksi yang konsisten.