awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas setuju Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
11/06/2024
14:51 MYT
Mesyuarat Jawatankuasa Khas setuju Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu memperhalus dan membincangkan beberapa perkara penting khususnya berkenaan pindaan Seksyen 8 akta itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Membincangkan Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 hari ini bersetuju dengan cadangan pindaan dan syor-syor yang dikemukakan terhadap Seksyen 8 akta itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata pindaan terbabit memberi keutamaan kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan rawatan dan pemulihan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata mesyuarat itu memperhalus dan membincangkan beberapa perkara penting khususnya berkenaan pindaan Seksyen 8 akta itu yang merujuk kepada rawatan dan pemulihan kepada penagih atau individu yang menyalahgunakan dadah atau bahan bagi mendapatkan rawatan secara sukarela.
"Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri sebelum dibentangkan ke Parlimen untuk dimuktamadkan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, mesyuarat berkenaan diadakan susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 April lepas yang bersetuju supaya satu Mesyuarat Jawatankuasa Khas diwujudkan melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan bagi membincangkan cadangan pindaan akta itu.
"Semoga usaha kedua-dua kementerian dalam menguruskan isu rawatan dan pemulihan dadah serta bahan dapat beroleh manfaat sebaiknya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#rawatan
#sukarela
#Seksyen 8
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan