awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas Parlimen akan mula 10 pagi sehingga 5.30 petang - Azhar

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
25/07/2021
12:03 MYT
Mesyuarat Khas Parlimen akan mula 10 pagi sehingga 5.30 petang - Azhar
Jelas Azhar, persidangan akan berehat sebentar pada pukul 1 petang sebelum disambung semula pada pukul 2.30 sehingga tamat waktu. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Parlimen akan bermula pada pukul 10 pagi sehingga 5.30 petang, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Jelasnya, persidangan akan berehat sebentar pada pukul 1 petang sebelum disambung semula pada pukul 2.30 sehingga tamat waktu.
Bagaimanapun, masa itu tidak mustahil dilanjutkan sejam lagi jika masih ada Ahli Parlimen yang belum selesai berbahas.
"Persidangan (mesyuarat) khas ini, kuasa masa terletak kepada saya, jadi saya sudah tetapkan bahawa kita akan bersidang 10 pagi sampai 1 petang, kemudian rehat, 2.30 petang sampai 5.30 petang tetapi kalau ada senarai pembahas panjang, saya akan panjangkan sehingga 6.30.
"Kita lihatlah bagaimana perjalanannya, perbahasan. Saya akan buat keputusan," katanya semasa sidang media secara maya sempena Mesyuarat Dewan Khas Parlimen.
BACA: Sidang Parlimen secara hibrid dijangka akhir Ogos, awal September - Yang di-Pertua Dewan
BACA: Sidang Khas Parlimen: Wujudkan piawai persidangan hibrid - Pakar Perlembagaan
Jelasnya, sidang-sidang lain ditetapkan di bawah Peraturan Mesyuarat yang bermula pada pukul 10 pagi sampai pukul 1 petang dan waktu rehat pukul 1 petang sampai 2.30 petang sebelum disambung semula sehingga 5.30 petang.
Dalam pada itu jelasnya, kemudahan persidangan hibrid yang pernah dicadangkannya sebelum ini semata-mata demi kesihatan Ahli Parlimen sendiri.
Katanya, ia bukan berniat melewatkan persidangan malah mahu mengelakkan risiko jangkitan COVID-19 di Parlimen.
"Secara hibrid tidak boleh dibuat sekarang sebab peraturan belum dipinda, jadi kalau terjadi kita terpaksa meminta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara tersebut.
"Maka mengikut nasihat KKM yang lepas, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah memberitahu saya, jika terjadi, pihaknya akan melihat berapa orang yang kena (jangkit), mereka akan jejak pergerakan Ahli Parlimen itu, dia akan tengok berapa tempat sudah dia pergi dan akan tutup tempat itu untuk disanitasi," ujarnya.
Azhar dan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais sebelum ini pernah mengeluarkaan kenyataan bersama yang menjangkakan persidangan secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos ini ataupun selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#KKM
#Parlimen
#Sidang khas Parlimen
#Azhar Azizan Harun
#Mesyuarat Khas Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan