KUALA LUMPUR: Mesyuarat Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bersidang di ibu pejabat OIC di Jeddah pada Selasa memberi tumpuan kepada pencerobohan berterusan Israel di Gaza dan menyuarakan kebimbangan terhadap nasib rakyat Palestin.
Mesyuarat itu berlangsung di tengah-tengah kekejaman tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin, pencerobohan darat yang dirancang ke atas Rafah serta krisis kemanusiaan di Gaza.
Mesyuarat luar biasa itu dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Negara Anggota OIC, dengan Setiausaha Agung OIC menyampaikan ucapannya, menurut kenyataan akhbar Wakil Tetap Pakistan ke OIC.
Duta Besarnya Syed Mohammad Fawad Sher yang juga Wakil Tetap Pakistan ke OIC, membentangkan kenyataan kebangsaan Pakistan, menyatakan kebimbangan dan aspirasi yang turut dikongsi oleh negara anggota OIC yang lain.
Dalam kenyataannya, beliau mengulangi kecaman keras Pakistan terhadap kekejaman Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin dan menekankan mengenai perlunya gencatan senjata segera tanpa syarat di Gaza.
Beliau juga menegaskan akan pentingnya untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
Beliau menyeru OIC melaksanakan usaha baharu untuk menghentikan perang; segera mewujudkan dana kemanusiaan untuk Gaza; mendesak kemasukan negara Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menggesa Setiausaha Agung PBB menubuhkan Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat jenayah perang Israel.
Fawad Sher juga menyeru OIC mengadakan persidangan antarabangsa untuk segera merealisasikan penyelesaian dua negara; sebagai mematuhi resolusi Sidang Kemuncak Arab-Islam pada November 2023, meletakkan sekatan ke atas bekalan senjata dan peluru kepada Israel;
Duta Besar itu juga menggesa pelaksanaan lengkap langkah-langkah sementara yang diperintahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan mekanisme antarabangsa yang tidak memihak kepada sesiapa untuk melindungi orang awam Palestin.
Beliau turut menggesa pelaksanaan resolusi Sidang Kemuncak Bersama Arab-Islam pada November 2023.
Mesyuarat luar biasa itu sebelum menutup tirai menerima pakai Resolusi mengecam pencerobohan dan kekerasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Resolusi itu turut membuat beberapa tuntutan termasuk antara lain menghentikan segera permusuhan, menarik balik kepungan ke atas Gaza, membekalkan bantuan kemanusiaan secara berterusan, mengadakan persidangan keamanan antarabangsa untuk menamatkan pendudukan Israel di wilayah Palestin, pembiayaan berterusan UNRWA, pengiktirafan penuh negara Palestin di PBB dan mengambil langkah untuk merealisasikan penyelesaian dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Mesyuarat Luar Biasa OIC itu berlangsung di tengah-tengah kekejaman tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin. - Reuters
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Mesyuarat Luar Biasa OIC suarakan kebimbangan akan nasib rakyat Palestin
Mesyuarat itu berlangsung di tengah-tengah kekejaman tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin.
Malaysia gesa konflik di Gaza, rampasan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan segera - Zambry
Malaysia menggesa konflik Palestin-Israel di Gaza serta tindakan menyahkan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan pada kadar segera.
COVID-19: Turki hantar bantuan peralatan perubatan ke Palestin
Turki mengumumkan pakej bantuan untuk Palestin dalam mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki dalam satu kenyataan.