awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat MPN: Pembukaan sempadan diumum dalam masa terdekat - Muhyiddin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/02/2022
05:20 MYT
Mesyuarat MPN: Pembukaan sempadan diumum dalam masa terdekat - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin negara akan terus mengalami kerugian sekiranya sempadan masih belum dibuka dan beliau berpendapat pembukaan sempadan harus dipercepatkan. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan pembukaan sempadan negara dalam masa terdekat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan itu.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap SOP tersebut akan memberikan sedikit kelonggaran kerana kelewatan membuka sempadan memberi kesan kepada negara.
Jelasnya, negara akan terus mengalami kerugian sekiranya sempadan masih belum dibuka dan beliau berpendapat pembukaan sempadan harus dipercepatkan.
Mengambil contoh Australia, Muhyiddin berkata negara itu terkebelakang dari segi vaksinasi berbanding Malaysia namun negara itu sudah membuka sempadannya pada Isnin.
Pembukaan sempadan harus dipercepatkan demi ekonomi negara - Muhyiddin
"Kadar vaksinasi negara merupakan antara yang terbaik di dunia tapi bila nak buka sempadan, kita agak lambat. Jadi Majlis (MPN) beri pandangan, jangan terlalu lambat, kesannya tak baik untuk pemulihan negara.
"Soal Omicron, COVID-19, seluruh dunia hadapi masalah. Di Malaysia, walaupun kes meningkat, KKM memberitahu ia mampu diuruskan. Kes berat tidak begitu banyak, kadar kemasukan hospital pun masih boleh diuruskan.
"Jadi maknanya, apa pun situasi kita boleh urus. Jadi kalau boleh urus, apa masalahnya (untuk buka sempadan). Orang luar masuk ke Malaysia, buat saringan, belanja dan balik. Saya tak nampak apa sebab kenapa buka lambat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di sini pada Selasa yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
[TERKINI] Sidang Media Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara
Topic Berkaitan
#MPN
#buka sempadan
#Muhyiddin Yassin
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan