awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara

Bernama
Bernama
24/04/2024
05:00 MYT
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Dengan penumpuan terhadap hala tuju yang strategik, MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia bagi memastikan ia akan terus mencatat pertumbuhan pesat ke arah masa depan industri yang lebih mampan.
Dalam kenyataan hari ini, katanya aspek itu adalah antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) 2024 yang diadakan selama empat hari bermula semalam.
"MPOB telah melaksanakan kerangka penyelidikan yang dibangunkan khusus untuk memacu hala tuju industri sawit negara melalui penyelidikan genetik, pembangunan mampan, teknologi pemprosesan dan mekanisasi, pembangunan produk tambah nilai serta teknologi digital," katanya.
Pengerusi MPOB Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata, dengan penumpuan terhadap hala tuju yang strategik, MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
"Hala tuju penyelidikan MPOB diselarikan dengan lima teras dasar yang digariskan dalam Dasar Agrokomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030)," katanya dalam kenyataan sama.
Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir pula berkata, ahli PAC meneliti serta membincangkan pelbagai inisiatif kaedah-kaedah baharu untuk peningkatan bahan tanaman dan pengurusan kebun yang cekap sebagai strategi utama untuk memastikan peningkatan hasil yang signifikan.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat PAC adalah platform khusus MPOB untuk memupuk idea inovasi dan baharu serta memperkemas strategi penyelidikan MPOB untuk memenuhi keperluan industri sawit dengan memanfaatkan peluang serta keperluan global.
Ahli PAC terdiri daripada saintis, penggiat sendiri serta pakar terkemuka dari dalam dan luar negara yang dipertanggungjawabkan untuk meneliti serta merencana idea serta formula terbaik dalam pembangunan serta penyelidikan untuk industri sawit, kata MPOB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Minyak Sawit Malaysia
#industri sawit
#MPOB
#Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan