KEHADIRAN pelakon Tan Sri Michelle Yeoh di acara karpet merah Met Gala 2024 mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan gaun kerajang timah atau aluminium foil.
Berbicara mengenai gaun itu, Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 62, berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasikan daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
“Sebenarnya pakaian ini inspirasi daripada Demna sendiri, katanya gaun ini adalah sesuatu yang dia pernah buat ketika masih kecil.
“Bermain dengan kerajang timah dan membuat pakaian untuk anak patung mainan adiknya. Jadi hari ini seolah-olah memori itu kembali,” ujarnya.
Menariknya lagi, pemenang Anugerah Oscar itu juga turut tampil dengan potongan dan gaya rambut baharu yang membuatkan Michelle kelihatan lebih muda.
Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan, New York pada malam Isnin itu mengangkat tema Sleeping Beauties: Reawakening Fashion dengan kod pakaian The Garden of Time.
Acara gilang gemilang itu juga turut menampilkan ramai selebriti terkenal termasuklah Jeniffer Lopez, Sarah Jessica Parker, Kylie Jenner, Rihanna, Ariana Grande, Cardi B dan Doja Cat. -Gempak
Gempak
Wed May 08 2024
Michelle Yeoh berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasikan daripada kenangan zaman kanak-kanaknya. -Gempak
Kemudahan Elektrolisis Sarawak mampu tingkatkan inisiatif hidrogen hijau
Sasarannya untuk menghasilkan 500 megawatt elektrolisis dalam tempoh lima tahun akan datang, meningkatkan pengeluaran hidrogen rantau ini.
Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.
Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI sedia dikembangkan ke seluruh negara - AKM
Modul ini bertujuan meningkatkan patriotisme dan pengetahuan mengenai negara dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat.
Permintaan minyak dijangka meningkat sebanyak 2.2 juta bpd pada 2024 - OPEC
Tahun ini, OPEC melihat permintaan minyak meningkat sekitar 2.2 juta tong sehari, pertumbuhan tahun ke tahun.
PM Albania didakwa bersekongkol dalam 'empayar jenayah'
Parlimen Albania pada Khamis bertukar menjadi medan pertempuran, apabila ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan yang juga penyokong kuat pembangkang, berhimpun di perkarangan bangunan itu. Keadaan menjadi agresif apabila himpunan yang menolak kepimpinan Perdana Menteri, Edi Rama itu bersemuka dengan polis yang cuba mengawal keadaan di lokasi.
Seorang maut, puluhan cedera kemalangan trem di Rusia
Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan trem tersebut dilihat bergerak laju di sepanjang laluan trem di Kemerovo dengan dua penumpang terkeluar daripada trem.
'Bekal senjata kepada Ukraine? Tunggu padahnya...'
Negara yang bersekongkol membekalkan senjata buat Ukraine khususnya negara-negara barat dalam berdepan perang ketika ini pasti akan menerima padahnya.
Begitu kenyataan yang berbaur ancaman dibuat oleh Jurucakap pusat pentadbiran Kremlin di Rusia, Dmitry Peskov pada Khamis.
Begitu kenyataan yang berbaur ancaman dibuat oleh Jurucakap pusat pentadbiran Kremlin di Rusia, Dmitry Peskov pada Khamis.
Sepanyol sertai Afrika Selatan, Ireland heret Israel ke ICJ
Sepanyol tampil tegas dengan menyertai gema suara Afrika Selatan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam mengheret Israel ke muka pengadilan. Negara yang bersama menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) itu tidak gentar sama sekali dengan pendirian berbeza dari negara-negara lain dibawah blok barat itu, malah sebelum ini dengan beraninya mengisytiharkan Palestin sebagai sebuah negara rasmi.
Pemandu teksi 'korbankan' kereta demi hidupkan semula minat membaca
Semuanya bermula dua tahun lepas dan dia menggerakkan “Teksi Buku” kerana mahu semua orang dapat membaca, tak kira di mana, dan tidak kira miskin atau kaya.
Hubungan anak angkat, keluarga asal beza agama tetap utuh
Perkongsian kisah Halimah Enn, jemaah haji dari Sarawak yang selama 60 tahun dilimpahi kasih sayang tidak berbelah bagi daripada keluarga asal dan keluarga angkat, yang menjadikannya sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak!
Pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh memberitahu gambar kaki bayi yang dimuat naik sebentar tadi merupakan gambar kaki cucunya.
Dilantik duta jenama popular dunia, Michelle Yeoh dikecam
Kerana mengumumkan pelantikannya itu, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia disifatkan tidak sensitif dengan perkembangan yang berlaku di Gaza.
Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC
Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.
Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga
Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraannya selepas berpeluang pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.
Michelle Yeoh kongsi gambar perkahwinan
Pemenang Oscar itu memuat naik empat keping gambar, termasuk satu gambar yang disunting dari poster filem Tomorrow Never Dies.
Tak tahu Michelle Yeoh kahwin, ibu harap majlis resepsi di Malaysia
IBU kepada Tan Sri Michelle Yeoh iaitu Datin Janet Yeoh, 84, tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung Khamis lalu di Geneva, Switzerland.
Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang
Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang, Jean Todt mengambil masa 6,992 hari, menyamai tempoh 19 tahun untuk berkahwin.