awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Methamphetamine paling banyak diambil di Seremban - AADK

Bernama
Bernama
29/09/2020
20:33 MYT
Methamphetamine paling banyak diambil di Seremban - AADK
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan dadah jenis methamphetamine sering menjadi pilihan penagih di Seremban - REUTERS/Thomas Peter
PORT DICKSON:Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan dadah jenis methamphetamine sering menjadi pilihan penagih di daerah sini.
Pengarah AADK Negeri Sembilan, Dr Salinna Mansor berkata ia berdasarkan laporan tangkapan yang dijalankan dalam tempoh Januari hingga akhir Ogos lepas, dan dadah jenis ini menjadi pilihan kerana ia mudah didapati mudah didapati berbanding dadah jenis lain.
Beliau berkata dalam tempoh itu 379 individu dikesan mengambil dadah jenis methamphetamine diikuti opiat seperti heroin dan morfin (127) serta ganja (94), dengan tangkapan melibatkan 811 lelaki serta 54 wanita dalam lingkungan umur antara 10 dan 69 tahun.
Bercakap dalam sidang media sempena program Bengkel Pemerkasaan Komuniti Perumahan Bebas Dadah di sini, beliau berkata paling menakutkan, ada juga segelintir pelajar sekolah rendah yang mula berjinak dengan dadah, malah ada yang berumur seawal 10 tahun.
Program dua hari yang bermula hari ini dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, dan ia turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani.
Aminuddin berkata program berkenaan merupakan projek rintis yang dijalankan secara berterusan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga dan pertubuhan bukan kerajaan bertujuan mengurangkan masalah penagihan dadah di negeri itu,
"Setakat ini dua taman terpilih dalam projek rintis ini iaitu Taman Desa Rhu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dan Taman Marida di DUN Paroi di sini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Dadah
#pelajar
#methamphetamine
#Salinna Mansor
#opiat
#heroin
#morfin
#Bengkel Pemerkasaan Komuniti Perumahan Bebas Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan