awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia: Hujan berterusan dijangka landa beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok

Bernama
Bernama
08/12/2025
04:00 MYT
MetMalaysia: Hujan berterusan dijangka landa beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok
Hujan berterusan tahap buruk membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok.
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan tahap buruk membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.
Bagi amaran hujan berterusan tahap waspada pula, beliau berkata ia melibatkan Sri Aman (Lubuk Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan berterusan
#MetMalaysia
#amaran
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan