KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menjangkakan berlakunya episod jerebu teruk di negara ini dalam masa terdekat, meskipun terdapat beberapa titik panas dikesan di Indonesia serta Malaysia ketika ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata jangkaan berdasarkan data Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang menunjukkan bilangan titik panas di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia telah berkurangan semalam berbanding Isnin lepas.
Beliau berkata pada 11 September, sebanyak 67 titik panas dikesan di Kalimantan dan 50 (Sumatera) tetapi semalam, bilangannya telah berkurangan kepada dua di Kalimantan dan Sumatera (15).
"Bagi Malaysia pula, hanya satu titik panas dicatatkan di Semenanjung pada Isnin, namun situasi berubah semalam apabila Sabah dan Sarawak merekodkan keseluruhan empat titik panas.
"Bagaimanapun, dengan berakhirnya Monsun Barat Daya serta berkurangnya bilangan titik panas di Kalimantan dan Sumatera, MetMalaysia tidak menjangkakan akan berlakunya episod jerebu teruk dalam masa terdekat," katanya kepada Bernama.
Muhammad Helmi berkata Monsun Barat Daya berakhir hari ini dan akan diganti dengan Peralihan Monsun yang dijangka berterusan hingga awal November.
Semasa peralihan monsun itu, negara dijangka menerima lebih banyak hujan terutamanya pada sebelah petang dan awal malam terutamanya di negeri pantai barat Semenanjung, barat Sarawak dan Sabah.
Selain itu, negara juga akan menerima hujan yang lebih banyak pada Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November hingga Mac depan.
"Bagaimanapun, jerebu rentas sempadan boleh berlaku jika terdapat kebakaran hutan yang banyak dan meluas serta arah tiupan angin dari kawasan kebakaran tersebut, apatah lagi keadaan El Nino dikesan berlaku di Tengah Lautan Pasifik dan dijangka berterusan hingga awal tahun depan dengan kebarangkalian melebihi 95 peratus.
"Mengikut ramalan daripada agensi antarabangsa yang memantau perkara ini, kekuatannya dijangka mencapai tahap maksimum pada penghujung tahun ini dan awal tahun depan yang mampu menyebabkan cuaca kering berpanjangan, selain boleh mengurangkan jumlah hujan dan menyebabkan kebakaran hutan sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal," katanya.
Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), 46 stesen pemantauan kualiti udara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dengan kadar tertinggi di Kuching, Sarawak iaitu bacaan 92; diikuti Shah Alam, Selangor (76) dan Seremban, Negeri Sembilan (75).
IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Semasa peralihan monsun, negara dijangka menerima lebih banyak hujan terutamanya pada sebelah petang dan awal malam terutamanya di negeri pantai barat Semenanjung, barat Sarawak dan Sabah. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.