Skip to main content

Malaysia

MetMalaysia keluar amaran cuaca panas Tahap 1 di 16 kawasan

61741344897_TBGENERICPANAS.jpg
Amaran sama turut dikeluarkan di dua kawasan di Sarawak, iaitu Limbang dan Marudi dan di Beaufort, Sabah. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi 13 kawasan di Semenanjung melibatkan Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan serta tiga kawasan di Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat ialah seluruh negeri Perlis, manakala di Kedah membabitkan kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Sik.

Advertisement

Turut tersenarai ialah dua kawasan di Perak, iaitu Kuala Kangsar dan Hulu Perak, manakala di Pahang melibatkan kawasan Temerloh dan Jerantut. 

Bagi Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Machang, Pasir Mas dan Jeli.

Amaran sama turut dikeluarkan di dua kawasan di Sarawak, iaitu Limbang dan Marudi dan di Beaufort, Sabah.

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.

-- BERNAMA

Must Watch Video