awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia kesan penipuan permohonan perolehan palsu

Bernama
Bernama
13/09/2024
20:15 MYT
MetMalaysia kesan penipuan permohonan perolehan palsu
MetMalaysia memaklumkan kegiatan licik itu dikesan hasil aduan dan apabila semakan dilakukan menerusi sistem ePerolehan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan kegiatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai kakitangan jabatan itu untuk membuat permohonan perkhidmatan dan bekalan tidak wujud.
MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan kegiatan licik itu dikesan hasil aduan dan apabila semakan dilakukan menerusi sistem ePerolehan, mendapati permohonan itu tidak didaftarkan dalam sistem berkenaan malah turut menggunakan dokumen palsu serta kepala surat jabatan yang direka.
"MetMalaysia memandang serius terhadap perkara ini kerana telah mencemarkan imej jabatan dalam melaksanakan tadbir urus yang baik, telus, saksama dan berintegriti.
"Ingin ditegaskan bahawa semua urusan perolehan jabatan ini menggunakan sistem ePerolehan secara dalam talian sepenuhnya dan serahan dokumen secara manual tidak dibenarkan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, MetMalaysia menasihati semua pihak terutama mereka yang menerima permohonan secara manual atas nama jabatan berkenaan agar lebih berhati-hati dan berhubung dengan Unit Perolehan MetMalaysia terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kerugian akibat penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#tadbir urus
#imej jabatan
#sistem ePerolehan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan