Kerajaan Malaysia disaran memfailkan tuntutan di Mahkamah Hak Asasi Manusi Eropah (ECHR) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rusia berhubung tragedi yang menimpa pesawat malang Malaysia Airlines, MH17.
Pengerusi Kaukus Dewan Negara, Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata kerajaan Malaysia bukan sahaja perlu menyertai tindakan undang-undang berkenaan, malah perlu mengambil peluang untuk menerajui kes tersebut.
“Kita perlu ingat MH17 ialah kapal terbang Malaysia.
“Yang paling penting lagi ialah imej dan maruah Malaysia serta ketidakadilan kepada hampir lebih 40 rakyat Malaysia.
“Bagi saya, ia agak kurang wajar negara lain yang bersungguh-sungguh untuk mencapai keadilan untuk warga Malaysia tetapi kita hanya mengikut atau mengambil peranan yang mengikut,” kata Mohd Yusmadi kepada Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: MH17: Malaysia komited untuk kekal sebahagian daripada JIT
Dari segi perundangan, katanya, Malaysia mempunyai asas undang-undang (locus standi) yang jelas kerana korban adalah terdiri dari rakyat negara ini dan syarikat penerbangan dimiliki kerajaan Malaysia.
“Dari segi tindakannya, kerajaan perlu melantik peguam yang mana peguam itu perlu memfailkan kes di ECHR.
“Dalam hal ini, ia tidak sukar kerana banyak perkara telah dilakukan dalam bentuk siasatan secara berkumpulan iaitu banyak negara lain yang juga terlibat.
“Malah, kita melihat satu komitmen yang sangat kuat daripada Kesatuan Eropah yang mengatakan akan memberikan bantuan sewajarnya demi mencari keadilan,” katanya.
BACA: Malaysia tidak akan berputus asa, dunia terus memperingati tragedi MH17
Tambahnya, kerajaan Malaysia perlu jelas bahawa isu ini merupakan isu perundangan serta keadilan dan tidak patut melihat perkara ini sebagai isu geopolitik.
“Kerajaan melihat isu ini sebagai isu geopolitik, iaitu isu antara kuasa besar Rusia yang berdepan dengan Ukraine yang juga merupakan penyokong atau rakan sekutu kepada Amerika Syarikat.
“Kerajaan perlu jelas ini merupakan isu perundangan, yang mana saya tahu terdapat kemungkinan akan mempunyai implikasi terhadap isu ekonomi.
“Bagaimanapun, kerajaan Malaysia perlu tegas kerana ini berkaitan ketidakadilan terhadap warga Malaysia dan warga antarabangsa,” tegasnya lagi.
BACA: MH17: Pihak pembelaan dibenar siasat mungkin ada penjelasan lain pesawat ditembak jatuh
Beliau mencadangkan agar Kementerian Luar dan pihak Peguam Negara mewujudkan satu mekanisme yang khusus atau melantik wakil dalam usaha menuntut keadilan dan kebenaran bagi mangsa penerbangan MH17 dan waris mereka.
Sebelum ini, kerajaan Belanda berhasrat mendakwa Rusia di ECHR.
Menteri Luar Belanda, Stef Blok memaklumkan langkah itu bagi menuntut keadilan kepada 298 penumpang pesawat yang ditembak jatuh di timur Ukraine.
Beliau berkata kerajaan Belanda memutuskan bersama Australia untuk memulakan prosedur di bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan Rusia bertanggungjawab atas insiden berkenaan.
Dalam tragedi 17 Julai 2014, pesawat Malaysian Airlines tersebut meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika melintasi ruang udara timur Ukraine.
Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh.
Penumpang lain membabitkan rakyat Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.
Isabelle Leong
Sat Jul 18 2020

Dalam tragedi 17 Julai 2014, pesawat Malaysian Airlines tersebut meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine dan mengorbankan 298 penumpang. - Gambar fail

COVID-19: Enam lagi kluster baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam
Tiga daripada kluster tersebut dikesan di Johor dan tiga lagi kluster masing-masing di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Kes aktif kini lebih 37,000: Ini fakta situasi COVID-19 hari ini
Berikut perincian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Ia menjadikan jumlah kes aktif yang sedang dirawat kini adalah 37,126 kes dengan 205 kini di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jurukimpal maut, 2 cedera akibat letupan di kilang
Kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit ketika kejadian.

Majlis Presiden PH bincang kerjasama Anwar, Tun M
Difahamkan isu kerjasama dengan Mahathir dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.

AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.

Sidang media dalam talian, parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian.

Penduduk anggap banjir di Pitas paling buruk pernah dihadapi
Daerah Pitas yang paling terjejas akibat banjir di Sabah malah terputus hubungan beberapa hari lalu apabila banyak jalan dan jambatan utama rosak.

Sarawak laksanakan PKPB selama 14 hari bermula Isnin depan
Sarawak hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari di seluruh bahagian di negeri itu kecuali bahagian Sibu.

Tembak anggota PGA: 52 suspek direman 28 hari di bawah SOSMA - Polis
Siasatan berhubung kes berkenaan dibuka dibawah Seksyen 130V, BAB VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan.

Sarjan Norihan dibenar keluar hospital, kepulangan disambut sebagai perwira
Norihan yang ditemani isterinya dibawa pulang dengan menaiki kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sambil diiringi pegawai dan beberapa anggota kira-kira 9.30 pagi tadi.

Sarjan Norihan yang ditembak penyeludup sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan
Sahabudin berkata, menurut pihak hospital, setakat hari ini Norihan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sarjan Norihan Tari mula jalani rawatan fisioterapi
Berita positif itu dimaklumkan isteri Norihan menerusi perbualan telefon.

Sarjan Norihan dipindahkan ke wad biasa, kesihatan bertambah baik
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang(HPP) telah dipindahkan ke wad biasa hari ini.

Anggota PGA maut ditembak: Reman terhadap 15 suspek warga tempatan disambung
Perintah reman ke atas 15 warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian serangan ke atas dua anggota PGA disambung sehingga 2 Disember depan.

Polis Kedah rampas heroin RM10 juta cuba diseludup masuk di sempadan Malaysia-Thailand
Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kes tembakan PGA: Baharuddin, Norihan dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani
Ia sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa.

Kes tembak anggota PGA: 2 daripada 3 peluru berjaya dikeluarkan daripada tubuh Sarjan Norihan
Sebutir peluru berdekatan paru-paru masih belum dikeluarkan.

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan di Pos M16 sebelum terkena tembakan secara tiba-tiba.