MALAYSIA
MH17: Malaysia akan tingkat risikan jejaki lokasi mayat mangsa

MH17: Malaysia akan tingkat risikan jejaki lokasi mayat mangsa - Gambar fail
Malaysia akan meningkatkan aktiviti risikan dan menjejaki lokasi mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 disembunyikan kumpulan pemberontak pro-Rusia.
Ia menjadi keutamaan kerajaan selepas laporan berita antarabangsa menyebut 196 mayat penumpang MH17 kini disembunyikan.
Melalui akaun Twitternya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, perbincangan juga sudah dilakukan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
para pemerhati antarabangsa berkata kumpulan pemberontak pro-Rusia di Ukraine telah memindahkan mayat-mayat mangsa Penerbangan MH17 dari lokasi kejadian menggunakan keretapi setelah waris-waris mangsa menuntut untuk ahli keluarga mereka yang terkorban dibawa pulang.
Sebelum ini, Anggota Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) itu melihat mayat-mayat mangsa yang telah dibungkus itu, ditempatkan di dalam gerabak-gerabak keretapi yang berhawa dingin di sebuah stesen di Torez, 15 kilometer dari lokasi nahas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami