MALAYSIA
Dua laporan 'CT Scan' Zara Qairina dihantar ke Semenanjung untuk perbandingan

Hamid ketika bercakap kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik pada Ahad. (Gambar kecil: Zara Qairina)
KOTA KINABALU: Dua laporan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) yang dijalankan terhadap jasad Zara Qairina Mahathir akan dihantar ke sebuah hospital di Semenanjung.
Ringkasan AI
- Dua laporan CT scan terhadap jasad Zara Qairina, sebelum dan selepas penggalian semula, akan dihantar ke hospital di Semenanjung untuk perbandingan dan memastikan ketelusan siasatan.
- Proses bedah siasat sedang dijalankan oleh dua doktor pakar dengan bantuan dua doktor lain, dan penemuan awal akan dimaklumkan kepada keluarga oleh Pakar Patologi Dr Jesse Hiu.
- Peguam keluarga memaklumkan hasil bedah siasat rasmi akan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah, manakala tindakan terhadap siasatan terdahulu diserahkan kepada pihak polis.
Beliau memaklumkan, proses bedah siasat sedang berjalan ketika ini dan dilaksanakan oleh dua doktor pakar dengan dibantu dua lagi doktor lain.
"Ibu Zara berada di dalam (bangunan Jabatan Forensik), tetapi beliau tidak masuk ke dalam bilik. Hanya Shahlan Jufri (rakan pasukan) berada di dalam untuk menyaksikan proses tersebut," katanya.
Mengulas mengenai laporan hasil bedah siasat, Hamid berkata, ahli keluarga akan dimaklumkan mengenai penemuan yang diperoleh.
"Yang saya dimaklumkan, Dr Jesse Hiu (Pakar Patologi) akan memaklumkan kepada keluarga mengenai penemuan awal berdasarkan siasatan.
"Tetapi sama ada jenayah atau tidak, itu mungkin akan dinyatakan dalam laporan bedah siasat bertulis yang lebih rapi dan teliti.
"Hasil bedah siasat rasmi akan dikeluarkan dan mereka akan menyerahkannya kepada kami," katanya ketika ditanya jika terdapat unsur jenayah selepas proses tersebut dilakukan.
Sementara itu, diminta mengulas jika berlaku kelemahan dalam siasatan sebelum ini dan sama ada ketua polis daerah akan mengambil tindakan terhadap pegawai penyiasat yang didakwa menjalankan siasatan secara pincang, beliau berkata:
"Itu terpulang kepada Ketua Polis kerana kami tidak mahu mencampuri urusan polis," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami