MALAYSIA
Lelaki Orang Asli maut leher tertusuk sabit dibawa bapa ketika kemalangan motosikal

Dalam kejadian itu, mangsa, Haniff Abu, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar hiasan
TEMERLOH: Seorang lelaki Orang Asli maut selepas lehernya tertusuk sabit dibawa bapanya dalam kemalangan motosikal di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Penderas di sini pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki Orang Asli berusia 29 tahun maut selepas lehernya tertusuk sabit yang dibawa oleh bapanya ketika motosikal mereka hilang kawalan dan terjatuh di ladang kelapa sawit.
- Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bapanya mengalami kecederaan di pipi dan telinga; kejadian disedari ahli keluarga yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
- Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Bapa yang membonceng motosikal itu memikul sebilah sabit bergalah panjang di bahunya.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang dua beranak itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh sebelum bilah sabit yang dibawa tertusuk leher mangsa ," katanya dalam kenyataan.
Mazlan berkata, bapa mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian pipi dan telinga kanan.
"Kejadian itu disedari ahli keluarga yang kebetulan melalui kawasan ladang berkenaan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami