Malaysia masih optimis untuk dapat menubuhkan satu tribunal di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mempercepat siasatan nahas pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 walaupun cadangan itu ditolak Rusia.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penubuhan tribunal itu masih dalam perbincangan dengan mengambil pandangan negara-negara lain.
Katanya, Malaysia akan menyokong tribunal antarabangsa itu untuk mempercepatkan penyiasatan dan tuntutan keadilan kepada mangsa tragedi MH17.
"Apa yang kita mahu ialah satu tribunal yang dapat membantu kita percepat siasatan dan mendapatkan keadilan untuk mangsa nahas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA Bahagian Hulu Kelang di Batang Kali dekat sini, hari ini.
Cadangan untuk menubuhkan tribunal itu dibuat oleh Malaysia, Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine pada satu perbincangan di New York minggu lepas.
Bagaimanapun ia ditolak Rusia yang menyifatkannya sebagai tidak kena pada masa dan tidak produktif.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di kawasan konflik Donetsk, di timur Ukraine 17 Julai tahun lepas.
Menyentuh mengenai MCA, Liow yang juga presiden parti berkata satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan tahun ini untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan terus pimpinan tertinggi parti dilakukan dari peringkat bahagian.
"Kita masih mendapatkan maklum balas daripada anggota. EGM juga boleh berjalan serentak bersama mesyuarat agung tahunan yang dijadualkan Oktober ini," katanya.
Langkah itu adalah sebahagian agenda transformasi parti untuk mengukuhkan perpaduan parti, katanya.
Liow juga berkata, buat masa ini, MCA tidak bercadang menangguhkan pemilihan parti seperti yang akan dilakukan UMNO.
"Fokus kita sekarang ialah transformasi parti serta kerja-kerja berkhidmat kepada rakyat.
"Kita juga akan melihat perkembangan politik dalam negara dulu (sebelum membuat keputusan)," kata beliau.
Bernama
Sun Jun 28 2015
LIOW: penubuhan tribunal itu masih dalam perbincangan dengan mengambil pandangan negara-negara lain.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.