Persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Rusia Vladimir Putin berhubung perlunya keadilan dilaksanakan dalam tragedi pesawat MH17 merupakan satu petanda baik bagi siasatan kes itu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata sebagai mangsa, Malaysia memerlukan kerjasama Rusia dalam aspek siasatan bagi mencari pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines itu di Ukraine pada Julai 2014.
"Semua tahu dalam kes ini kita adalah mangsa, diserang, ditembak jatuh oleh tembakan peluru berpandu BUK, dan kita mesti cari siapa yang menjatuhkan pesawat itu.
"Dalam hal ini, Perdana Menteri (Najib) telah bertemu Putin...mendapatkan persetujuan dan kerjasama daripada Rusia adalah satu permulaan baik ke arah mengetahui perkara sebenar yang berlaku kepada pesawat kita," katanya semasa mengulas perkembangan siasatan insiden MH17 itu susulan pertemuan Najib dan Putin di Sochi, Rusia, pada Khamis.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan 'Wall of Fame Tokoh Alumni UKM' di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.
Dalam pertemuan itu, yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia, Najib dan Putin bersetuju agar Malaysia dan Rusia berbincang dengan lanjut untuk memastikan tindakan keadilan dapat dicapai dalam insiden MH17 selepas pembentangan laporan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT).
Najib dilaporkan turut mengulangi pendirian Malaysia yang mahu memastikan insiden MH17 disiasat sampai ke penghujung dengan memberi kepuasan kepada keluarga mangsa untuk mendapatkan keadilan.
Liow berkata bagi pihak Kementerian Pengangkutan, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana terus membantu terutamanya dalam aspek mendapatkan pendakwaan terhadap pihak bertanggungjawab dan keadilan kepada keluarga mangsa.
"Sebagai langkah susulan, kita sedang berbincang dengan Belgium, Belanda, Australia dan Ukrain untuk mewujudkan badan timbang tara berhubung kes MH17," katanya.
Beliau akan mendapatkan pandangan Najib terlebih perkara sebelum perkara itu dimuktamadkan.
Pada 17 Julai 2015, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) merumuskan dalam siasatannya bahawa jet Boeing 777 itu terkena peluru berpandu buatan Rusia, BUK, yang dilancarkan dari wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Rusia tanpa menyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas itu setahun sebelum itu.
Namun, pihak Rusia kemudian menafikan perkara itu dan meminta Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) membuka siasatan baharu terhadap nahas pesawat MH17.
Dalam perkembangan lain, Liow berkata Kementerian Pengangkutan belum mendapat apa-apa permohonan atau rayuan daripada pengendali kenderaan perdagangan atau pengangkutan awam untuk menggunakan pemandu asing setakat ini.
Kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serius menangani kes penggunaan pemandu asing bagi memandu pengangkutan awam, katanya sambil mengingatkan pihak pengendali atau pemilik syarikat bahawa lesen perniagaan mereka boleh ditarik jika melanggar peraturan dengan membenarkan warga asing menjadi pemandu.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 166 warga asing ditahan sejak Januari lepas kerana memandu kenderaan perdagangan, yang merupakan kesalahan mengikut Akta JPJ di mana Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) tidak dikeluarkan kepada warga asing untuk tujuan perniagaan atau perdagangan menggunakan kenderaan di negara ini.
Mengenai 'Wall of Fame Tokoh Alumni UKM', Liow yang dipilih sebagai Tokoh Alumni Tersohor berkata ia merupakan satu penghargaan kepada dirinya selaku bekas penuntut universiti itu.
Beliau yakin keterlibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan kepada universiti penting untuk mengekal dan mengembangkan pembangunan institusi pengajian itu.
Selain Liow, turut disenaraikan sebagai tokoh ialah Timbalan Menteri Pendidikan Kedua Chong Sin Woon, Pengerusi Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Seri Alimuddin Mohd Dom, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull dan Akauntan Negera Datuk Che Pee Samsudin.
Sejak ditubuhkan pada Mei 1970, UKM telah melahirkan 176,009 alumni.
Bernama
Fri May 20 2016
Dalam pertemuan dengan Putin, Najib dilaporkan turut mengulangi pendirian Malaysia yang mahu memastikan insiden MH17 disiasat sampai ke penghujung. -Foto Bernama
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.