Polis Belanda pada Sabtu mengerahkan anggotanya mendapatkan sampel DNA daripada waris penumpang pesawat penerbangan MH17 serta maklumat lain yang boleh membantu mengenalpasti mayat mangsa, lapor AFP.
"Kami mengirimkan 80 anggota penyiasat (pada pagi Sabtu), berdua-dua untuk pergi ke 40 alamat," kata jurucakap forensik polis Belanda, Ad Kraszewski seperti dipetik oleh agensi berita itu.
Usaha itu akan dilakukan sepanjang beberapa hari akan datang sehingga semua sampel DNA daripada waris kesemua 193 penumpang warga Netherlands dapat dihimpunkan.
Pesawat Malaysia Airlines yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lepas membawa 298 orang penumpang dan anak kapal. Jumlah penumpang Belanda adalah yang paling ramai.
Pasukan polis itu juga akan jadi orang perantara untuk ahli keluarga penumpang itu bertanya soalan mengenai proses pengecaman mayat. Mereka akan memberikan maklumat perkembangan terkini "sehingga mayat dibawa balik ke Belanda dan diserahkan kepada keluarga," kata Kraszewski.
Pasukan polis itu mengumpulkan maklumat identiti seperti ketinggian, warna rambut dan tanda-tanda khusus seperti parut atau tatoo. Laporan AFP itu menyebut ada tiga jenis pengecaman yang diterima di peringkat antarabangsa iaitu cap jari, rekod pergigian dan DNA.
Sementara itu, lapan pakar forensik polis Belanda sudah berada di Ukraine untuk menguruskan soal pengecaman mayat termasuk berbincang dengan pihak berkuasa negara itu tentang seluruh proses tersebut.
"Jika data yang diambil di Belanda dan Ukraine sepadan maka ada pengecaman. Jika 100 peratus, maka mayat itu akan dibawa balik ke Belanda," kata Kraszewki.
Dalam pada itu, portal berita VivaNews melaporkan polis Indonesia juga sudah mula mengambil sampel DNA waris penumpang dan dijadual dikirimkan ke Ukraine sehari selepas nahas.
Senior Komisioner Musyafak berkata sampel itu penting bagi memastikan identiti penumpang warga Indonesia dapat benar-benar disahkan.
"Data dari keluarga akan diambil untuk pengecaman di tempat kejadian sana. Apakah benar nama ini dengan jenazah ini, jangan sampai keliru warganegara Indonesia dengan warganegara lain," katanya.
Beberapa media di Indonesia bagaimanapun melaporkan sehingga Sabtu masih ada beberapa waris yang masih diambil sampel DNA mereka. Polis juga pada Sabtu masih meminta waris terdekat menghubungi mereka untuk bantuan urusan pengecaman mayat.
Penerbangan MH17 membawa 298 orang dengan 12 daripadanya adalah warga Indonesia termasuk seorang bayi.
Bernama
Sun Jul 20 2014
Polis Belanda pada Sabtu mengerahkan anggotanya mendapatkan sampel DNA daripada waris penumpang pesawat penerbangan MH17 serta maklumat lain yang boleh membantu mengenalpasti mayat mangsa. File Pic
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
MH17: Polis Belanda, Indonesia ambil contoh DNA waris
Sampel DNA daripada waris penumpang pesawat penerbangan MH17 serta maklumat lain yang boleh membantu mengenalpasti mayat mangsa, lapor AFP.