awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Ujian forensik untuk kumpul bukti - Subramaniam

Bernama
Bernama
25/07/2014
13:28 MYT
MH17: Ujian forensik untuk kumpul bukti - Subramaniam
Dr S. Subramaniam - Gambar Fail
Kerja-kerja forensik ke atas mangsa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines dilakukan bukan sahaja untuk tujuan pengecaman identiti tetapi juga untuk mengumpul bukti bagi mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tugas itu yang diketuai pasukan penyiasat Belanda adalah lebih rumit dan memakan masa berminggu-minggu.
"Kalau cuma untuk pengecaman mayat proses lebih senang. Tapi untuk kes ini dibawa ke mahkamah kita perlu sediakan bukti yang kukuh," katanya kepada media selepas melancarkan program Sindhi Sammelan Antarabangsa ke-21, di sini hari ini.
Beliau berkata antara bukti yang boleh digunakan untuk tujuan pendakwaan adalah serpihan logam yang mungkin ditemui di dalam mayat mangsa.
Kata Subramaniam, proses mengumpul data daripada 45 anggota keluarga mangsa yang berada di negara ini untuk membentuk profil DNA telah selesai dan dihantar ke Belanda untuk proses 'penjodohan' DNA antara waris dan mangsa.
Pesawat MH17 Boeing 777-200 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, timur Ukraine Khamis lepas.
Ia membawa 298 penumpang serta anak kapal dan dipercayai ditembak jatuh.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan