awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17:Boleh buat solat jenazah ghaib jika perlu - Mufti Kedah

Bernama
Bernama
21/07/2014
08:43 MYT
MH17:Boleh buat solat jenazah ghaib jika perlu - Mufti Kedah
Boleh buat solat jenazah ghaib jika perlu - Gambar fail
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata solat jenazah ghaib boleh dilakukan untuk penumpang dan anak kapal MH17 beragama Islam jika mayat mereka tidak dapat dibawa pulang.
Beliau berkata tidak menjadi kesalahan untuk melakukannya kerana sekiranya mayat boleh dibawa pulang pada bila-bila masa selepas ini, ia masih boleh diuruskan seperti biasa.
"Kalau rasa macam tidak ada harapan untuk bawa balik jenazah, elok buat solat ghaib dan doakan arwah," katanya ketika diminta mengulas mengenai kesukaran untuk membawa pulang mayat mangsa nahas ke Malaysia bagi diuruskan dengan sempurna.
Nahas pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines (MAS) itu melibatkan 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Sebelum ini, Syeikh Muhamad Baderudin menjelaskan, umat Islam yang meninggal dunia dalam tragedi pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis lalu mendapat Syahid Akhirat.
Jelasnya, walaupun pesawat itu terhempas ia di kategorikan sebagai syahid akhirat kerana ditimpa kemalangan.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#mayat
#MH17
#pesawat
#syahid akhirat
#Ukraine
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan