awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Australia hantar pesawat kedua untuk misi mencari

Bernama
Bernama
10/03/2014
03:13 MYT
MH370: Australia hantar pesawat kedua untuk misi mencari
Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin untuk mencari pesawat Malaysia Arlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang sejak awal Sabtu.
Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada Isnin, menurut Australian Associated Press.
Marshal Udara Mark Binskin berkata pesawat mengawal maritim dan pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai dengan operasi.
Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.
Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pihak berkuasa menyiasat hubungan dengan keganasan, berikutan dua penumpang pesawat itu yang membawa 227 penumpang disyaki menggunakan pasport curi.
Menteri Luar Australia, Julie Bishop telah menghubungi rakan sejawatannya dari Malaysia untuk memberi sokongan. Beliau berkata laporan kehilangan pasport menjadi tumpuan.
"Mungkin tidak terdapat kaitan langsung tetapi ia merupakan perkembangan membimbangkan," Bishop memberitahu radio ABC pada Isnin.
"Para pegawai kami sentiasa menghubungi pihak berkuasa di Malaysia."
Malaysia telah menubuhkan pusat penyelarasan menyelamat dengan puluhan kapal dan pesawat sedang mencari pesawat yang hilang, katanya.
Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat, Singapura dan China turut menghantar bantuan untuk menyertai usaha mencari.
Keluarga rakyat Australia yang berada di atas pesawat itu menerima bantuan kaunselor, kata Bishop.
Topic Berkaitan
#bantuan
#hilang
#kl-beijing
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan