Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan pendedahan hasil siasatan simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.
Hishammuddin berkata pendedahan mengenai hasil siasatan berhubung simulator yang diambil di rumah juruterbang pesawat MH370 itu akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Pihak Ketua Polis Negara akan membuat pendedahan mengenai simulator yang kini masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di hotel Sama-Sama di sini, hari ini.
Sabtu lalu, pegawai penyiasat PDRM mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.
Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.
Berita Harian dalam laporannya hari ini mendedahkan landasan lapangan terbang Diego Garcia milik Amerika Syarikat antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.
Akhbar itu memetik sumber yang berkata,penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.
Selain landasan lapangan terbang Diego Garcia, siasatan itu juga menemui landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.
Astro Awani
Tue Mar 18 2014
Instagram kemas kini algoritma Reels, utamakan kandungan asli
Instagram menyatakan perubahan ini akan memberikan capaian yang sama rata dalam membolehkan kandungan mereka ditonton ramai.
Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar
Anwar menasihatkan sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi menaikkan gaji pekerja mereka.
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Apa itu Diego Garcia?
Di tengah-tengah Lautan Hindi, wujud sebuah pulau batu karang kecil yang dinamakan Diego Garcia. Apakah fungsinya?
MH370: Hasil siasatan simulator milik Kapten Zaharie akan didedahkan - Hishammuddin
Hasil siasatan mengenai simulator akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
MH370: Landasan Diego Garcia antara ditemui dalam simulator Kapten Zaharie
Penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.
MH370: "Tiada bukti pesawat ditembak jatuh dari Diego Garcia"
Tiada bukti sahih dan kukuh pesawat MH370 ditembak jatuh oleh sebuah pengakalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia, Lautan Hindi.
MH370: Pentagon ada "petunjuk" pesawat MAS mungkin ada di Lautan Hindi
Pegawai kanan Pentagon memberitahu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.