Kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja atau membentuk Jawatankuasa Parlimen dalam satu inkuiri siasatan berhubung kehilangan Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau telah diberikan dua saranan dari beberapa pihak dalam membuat inkuiri siasatan berhubung kehilangan pesawat tersebut.
"Terdapat saranan untuk menubuhkan satu inkuiri siasatan di mana ahli dari Jawatankuasa Parlimen akan dipilih untuk menyertainya manakala satu lagi gesaan adalah agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja namun saya tiada kuasa untuk membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun mengesahkan bahawa Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan inkuiri mereka sendiri terhadap kes tersebut.
"Malah, Kementerian Pengangkutan juga sedang memilih anggotanya untuk dibawa ke Lembaga Inkuiri yang akan ditubuhkan nanti,".
Beliau juga telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk membangkitkan perkara tersebut pada Mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung pada Jumaat ini.
"Perkara yang berlaku ini agak mengejutkan tanpa diduga apa yang telah kita lalui selama ini akan menjadi indikasi penting bagi kita apabila bertemu dalam mesyuarat kabinet itu nanti,".
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut berada pada sidang media yang sama memberitahu bahawa siasatan terhadap alat simulator penerbangan yang diambil dari rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah masih lagi berjalan.
"Kita masih lagi menunggu laporan dari rakan-rakan kita dari luar negara dan selain tu juga siasatan kita masih lagi berterusan melibatkan empat aspek yang pernah kita jelaskan dahulu," kata Khalid.
Empat aspek yang masih berada dalam ruang lingkup siastan polis dalam kes kehilangan pesawat MH370 ini termasuklah rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan masalah peribadi penumpang dan kru.
Namun, beliau enggan mendedahkan sebarang maklumat awal siasatan kerana tidak mahu ianya mengganggu siasatan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengesahkan bahawa perjalanan pesawat MH370 itu telah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pengesahan itu dilakukan selepas menerima maklumat kedudukan terakhir pesawat itu yang didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, INMARSAT dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) dan mendapati pesawat Boeing 777-200 itu telah terbang ke jalur selatan iaitu isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.
Aizat Sharif
Tue Mar 25 2014
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.
COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.
Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.
Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.
Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.