Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang memasuki hari ke-36 pada Sabtu.
Perdana Menteri berkata kerajaan sama sekali tidak akan melupakan segala bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap individu, organisasi, tentera dan negara terbabit sejak operasi mencari dan menyelamat bermula sejurus pesawat itu hilang pada 8 Mac lepas.
"Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua kerajaan yang terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370.
"Bantuan dan kerjasama dari setiap individu, organisasi, tentera dan kerajaan yang terlibat tidak akan kami lupakan," katanya dalam entri terbaru laman Facebook beliau semalam.
Antara 26 negara yang terlibat dalam misi itu ialah Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Jepun, Vietnam, Thailand, Singapura dan India.
Minggu lepas, Najib melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Perth, Australia bagi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Australia Tony Abbott serta pihak lain yang telah bertungkus lumus berusaha mencari pesawat MH370, yang dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Misi mencari dan menyelamat itu merangkumi Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum tumpuan beralih ke koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand dan koridor selatan yang meliputi Indonesia hingga ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Misi mencari kini ditumpukan di Selatan Lautan Hindi.
Bernama
Sun Apr 13 2014
Muatnaik laman Facebook Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu malam. --Facebook Perdana Menteri
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.
Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.
Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.
MH370: Data belum diproses Inmarsat didedahkan esok - Hishammuddin
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat akan mengumumkan laporan itu secara bersama.
MH370: Laporan Mesyuarat Tiga Pihak dibentang kepada Kabinet Rabu ini
Penyediaan kertas kabinet itu dilakukan bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar.
Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang
Kedua-dua pesawat itu berlepas pulang ke China dengan membawa 38 kru selepas pencarian udara pesawat MH370 digantung.
MH370: Pencarian akan ambil masa lapan hingga dua belas bulan - Angus Houston
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berada di Kuala Lumpur untuk pertemuan bersama jawatankuasa pencarian di Malaysia.
MH370: Komunikasi dirakamkan antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac
Laporan komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus Penerbangan MH370 selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan.
MH370: Cuaca buruk dan taufan, cabaran getir operasi - Juruterbang
Cuaca buruk tiba-tiba diikuti taufan kencang adalah antara cabaran getir dan cukup menyukarkan dialami kru pesawat C-130 Hercules TUDM dalam misi pencarian pesawat MAS MH370 di Lautan Hindi.
MH370: Dua pesawat Hercules C-130 TUDM tiba di Pangkalan TUDM
Kedua-dua pesawat membawa 54 kru terdiri daripada 35 anggota lain-lain pangkat dan 19 pegawai.