awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: MAS nafi abaikan keluarga penumpang

Haider Yutim
Haider Yutim
19/05/2014
11:27 MYT
MH370: MAS nafi abaikan keluarga penumpang
MAS sentiasa berkomunikasi dengan keluarga-keluarga tersebut menerusi Pusat Bantuan Keluarga (FSC). Gambar fail
Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menafikan telah mengabaikan kebajikan keluarga penumpang pesawat MH370 yang mencari bantuan guaman mengenai keperluan dan tuntutan yang diperlukan mereka.
Jelas MAS dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat itu masih terus menghulurkan bantuan kepada keluarga penumpang dan juga anak kapal, namun komunikasi dengan keluarga yang telah berurusan dengan firma guaman asing dilakukan menerusi peguam yang telah dilantik.
"Sebahagian keluarga tersebut telah melantik peguam asing untuk menjaga keperluan mereka, dan peguam-peguam ini telah mengarahkan MAS untuk berhenti berurusan secara langsung dengan klien mereka, dan supaya MAS menyalurkan semua komunikasi yang berkaitan dengan keluarga anak kapal kepada mereka," kata kenyataan tersebut.
MAS turut memberitahu, pihaknya sentiasa berkomunikasi dengan keluarga-keluarga tersebut menerusi Pusat Bantuan Keluarga (FSC) dan membekalkan mereka dengan perkembangan dari kerajaan Malaysia dan juga Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
Kelmarin, keluarga anak kapal pesawat tersebut yang hilang sejak 8 Mac lalu mendakwa bahawa MAS telah 'mengabaikan' mereka kerana mereka bertemu dengan firma guaman asing bagi mendapatkan bantuan guaman.
Mereka mendakwa, MAS telah menghantar sebuah e-mel meminta mereka mengarahkan peguam berurusan dengan pasukan undang-undang syarikat itu bagi semua permintaan berkaitan pesawat.
Katanya, mereka juga tidak lagi berhubungan dengan penjaga yang merupakan wakil MAS untuk memberi maklumat terkini kepada ahli keluarga berkenaan.
Topic Berkaitan
#abai
#guaman
#MAS
#MH370
#penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan