awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Masalah dana bukan punca penangguhan pencarian - Tiong Lai

Israr Khalid
Israr Khalid
04/03/2017
13:37 MYT
MH370: Masalah dana bukan punca penangguhan pencarian - Tiong Lai
TIONG LAI: Penangguhan pencarian pesawat MH370 bukan disebabkan masalah dana. - fotoBERNAMA
Penangguhan pencarian pesawat MH370 bukan disebabkan masalah dana, tegas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Bagaimanapun jelasnya, keputusan yang dibuat tiga negara terlibat dalam pencarian itu iaitu Malaysia, Australia dan China adalah supaya ruang dapat diberi kepada proses pegumpulan dan analisa lebih banyak data oleh pasukan pakar.
Ia bagi membolehkan kawasan pencarian dikecilkan dan lebih tertumpu dalam usaha menemukan pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu.
“Mereka (pasukan pakar) mahu mengkaji dengan lebih terperinci data berdasarkan gambar satelit dan rupa bentuk serpihan yang ditemui, dan kita menunggu mereka memberi lebih banyak data yang kredibel.
“Kita mahukan lebih bukti untuk kembali teruskan pencarian, kita tidak boleh mencari di kawasan yang tidak pasti,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Memperingati Tiga Tahun MH370 di sini hari ini.
BACA: Laporan akhir siasatan penerbangan MH370 dijangka siap tahun ini - Tiong Lai
BACA: Pencarian MH370 kembali ke rancangan asal - Tiong Lai
Dalam ucapan pembukaannya, Tiong Lai memaklumkan dua serpihan baru telah ditemui di Afrika Selatan, menjadikan jumlah terbaru 27 serpihan yang ditemui dikaitkan dengan pesawat malang itu.
Daripada jumlah itu, hanya tiga serpihan disahkan milik MH370.
Susulan itu kata beliau, pihaknya telah berhubung dengan kerajaan Afrika Selatan pada masa sama turut menyenaraikan bantuan daripada Australia bagi mengenalpasti serpihan tersebut.
Pada Januari, operasi pencarian di selatan Lautan Hindi ditangguhkan selepas tiga tahun sejak pesawat yang membawa 239 penumpang dan anakkapal hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Liow Tiong Lai
#DCA
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan