awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: PDRM sedia hantar pasukan DIV ke Pulau Reunion - Khalid

Bernama
Bernama
08/08/2015
23:28 MYT
MH370: PDRM sedia hantar pasukan DIV ke Pulau Reunion - Khalid
KHALID: Kami siap sedia untuk bergerak sebaik saja kami mengetahui di mana pesawat berada. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap sedia untuk menghantar pasukan pengecaman mangsa bencana (DIV) ke Pulau Reunion bagi membantu siasatan berhubung insiden penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Kami siap sedia untuk bergerak sebaik saja kami mengetahui di mana pesawat berada. Apa yang penting sekarang kita menunggu laporan selanjutnya daripada penyelidik; semua pihak yang menjalankan pencarian," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Malam Mesra Sempena Kejohanan Golf Ketua Polis Negara 2015, di sini malam tadi.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari imbasan radar pada 8 Mac 2014.
Pada 6 Ogos lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang lebih 17 bulan lalu.
Khalid berkata pihaknya turut mengalu-alukan mana-mana negara termasuk China yang berhasrat untuk bekerjasama dengan PDRM dalam usaha menjalankan siasatan.
Topic Berkaitan
#div
#Khalid
#MAS
#MH370
#pasukan pengecaman
#PDRM
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan