Interpretasi data sonar ke dalam latar imej boleh percaya merupakan cabaran utama bagi kapal Seabed Constructor dalam misi pencarian yang disambung semula untuk menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac 2014, menurut seorang pakar penerbangan.
Juruterbang pandu diuji Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata proses itu melibatkan mengubah data bunyi ke dalam data imej 3 Dimensi dan proses transformasi cenderung menyebabkan kehilangan data pintar, lantas menyebabkan transformasi atau interpretasi sebagai tidak tepat.
"Tetapi saya percaya syarikat penerokaan dasar laut, Ocean Infinity Limited telah membuat pengiraan algoritma secara terperinci bagi memastikan interpretasi data secara optimum," kata beliau kepada Bernama dalam wawancara baru-baru ini.
Pada 11 Jan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan bahawa di bawah perjanjian dengan Ocean Infinity Limited, pencarian MH370 akan disambung semula pada pertengahan Januari dengan kapal Seabed Constructor menjalankan pencarian di kawasan meliputi 25,000 kilometer persegi dalam masa 90 hari.
Misi utama kapal itu ialah mengenal pasti lokasi bangkai dan/atau kedua-dua perakam penerbangan, perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR).
Pencarian itu adalah berdasarkan "no cure, no fee," yang bermakna bahawa pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan oleh pihak ketiga.
Mohd Harridon berkata cuaca buruk semasa misi pencarian adalah satu lagi cabaran yang Seabed Constructor terpaksa hadapi di Selatan Lautan Hindi.
"Ia bergantung pada kekuatan kapal tersebut menangani cabaran semasa misi pencarian. Keadaan cuaca di bahagian lautan itu adalah amat buruk kadang-kadang dan ini boleh menghalang usaha pencarian. Tetapi saya berharap kapal tersebut boleh mengharungi keadaan yang sukar untuk merungkai misteri kehilangan MH370 dalam tempoh masa terbaik yang memungkinkan," kata beliau.
Menurut laporan, Seabed Construktor dijangka tiba dan memulakan pencarian di kawasan seluas 25,000 kilometer persegi di lautan Hindi Rabu ini susulan pencarian yang meluas sebelum ini.
Sementara itu, seorang penyelidik di sebuah syarikat penerbangan tempatan, Ahmad Maulan Bardai berkata selepas hampir empat tahun, sebarang bangkai pesawat mungkin tertanam lebih dalam daripada serpihan dan komponen di mana-mana dasar laut dan mungkin tidak ditemukan.
"Ini mungkin termasuk kotak hitam. Melalui pengalaman insiden QZ8501, kotak hitam pesawat tersebut ditemukan terpisah dari bahagian ekor. Berdasarkan keupayaan Ocean Infinity dengan lapan kenderaan bawah air, kawasan pencarian akan segera diliputi dalam pencarian. Analisis secara efektif dokumen-dokumen yang diimbas dari kenderaan bawah air akan menjadi faktor kejayaan dalam misi ini," kata beliau.
Penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia terhempas di laut Jawa dekat Pangkalan Bun di bahagian tengah Kalimantan semasa membawa 155 penumpang dan tujuh kru dari Surabaya, Indonesia, ke Singapura pada 28 Disember, 2014.
Sementara itu, bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata beliau berharap kapal Seabed Constructor dapat mengesan dan mengenal pasti bangkai secepat mungkin berdasarkan pola data dan serpihan.
"Pencarian harus dijalankan di sepanjang arus mengalir ke arah Afrika Timur," kata beliau.
Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan MH370 disifatkan antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia.
Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung pencarian selama dua tahun bagi pesawat tersebut pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian merangkumi 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 telah ditemukan, kesemuanya di pantai Barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai flaperon.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2018
Liow berkata, di bawah perjanjian dengan Ocean Infinity Limited, pencarian MH370 akan disambung semula pada pertengahan Januari dengan kapal Seabed Constructor menjalankan pencarian di kawasan 25,000km persegi dalam masa 90 hari. - Gambar fail
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pada era pasca normal, pengurusan institusi kewangan perlu berdepan cabaran yang sangat pantas.
Cabaran media sosial antara topik dibincang Forum Perdana Ehwal Islam 'Legasi Merdeka'
Mohammad Redzuan berkata antara cabaran besar dalam menjaga kedamaian negara ialah penyalahgunaan platform media sosial.
Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran
Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine.
Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo kini 86 peratus siap - Fadillah
Pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka.
Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.
Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK
Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.
AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli
Adam Adli menjelaskan usaha itu penting ketika mana rakyat sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu.
Fahami cabaran ibadah haji akibat COVID-19 - Hajiji
Umat Islam di negara ini terutama rakyat Sabah diminta supaya memahami cabaran melaksanakan ibadah haji dalam situasi COVID-19 masih melanda seluruh dunia.
Ini caranya untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa
Bercerita cabaran ketika berpuasa, selain menahan lapar, usaha untuk memastikan badan kekal hidrasi sering dibincangkan secara meluas.