Astro Awani
Mon Apr 07 2014
Oleh T.K. Letchumy Tamboo dan Syafique Shuib
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac lalu tetapi tidak pernah sampai ke destinasinya. Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal dari 15 negara termasuk Malaysia. Penerbangan itu terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara Subang di luar Kuala Lumpur dan masih hilang sehingga hari ini. Usaha mencari dan menyelamat yang melibatkan pelbagai negara, yang merupakan terbesar di dalam sejarah, bermula untuk mencari pesawat itu.
SAR dan siasatan setakat ini
Setelah kehilangan pesawat itu di perairan Vietnam, Teluk Thailand dan Laut China Selatan menjadi fokus carian di mana ia dipercayai berada. Dalam tempoh beberapa hari, kawasan diperluaskan kepada Selat Melaka dan Laut Andaman.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 15 Mac, berkata misi SAR memasuki fasa baru, iaitu di koridor utara dan selatan. Australia dan Indonesia diberi tanggungjawab untuk mengetuai kawasan masing-masing. Sebanyak 26 negara yang terlibat dalam pencarian.
Pada 24 Mac, Najib mengesahkan dua analisis yang dibuat secara bebas iaitu Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, dan membuat kesimpulan "yang tidak meragukan" bahawa pesawat telah hilang di bahagian selatan Lautan Hindi dengan tiada yang terselamat. Kesimpulan ini membawa kepada semua kawasan carian dihentikan, kecuali bahagian selatan Lautan Hindi, atau koridor selatan.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, semua kakitangan MAS, jurutera yang terlibat dalam mengendalikan pesawat MH370 sedang disiasat oleh pihak polis manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kehilangan MH370 disiasat di bawah Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
Polis kemudiannya merampas simulator penerbangan dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang MH370.
Pada 26 Mac diumumkan imej satelit berjaya mengesan 122 objek. Ia dirakam pada 23 Mac dan menunjukkan objek sepanjang satu meter hingga 23 meter. Kemudian, FBI mengumumkan bahawa analisis data dari simulator penerbangan yang diambil dari rumah juruterbang pesawat MH370 sudah selesai.
Imej satelit Thailand pula mendedahkan 300 objek, yang mempunyai ukuran dua hingga 15 meter, terapung di selatan Lautan Hindi, pada 27 Mac.
Pada 30 Mac, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang diambil oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada hari Sabtu telah diperiksa dan dipercayai tidak berkaitan dengan MH370.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott kemudiannya menyokong pandangan Najib bahawa laluan pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Kementerian Pengangkutan juga mengeluarkan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat MH370 dan Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, yang tidak menunjukkan apa-apa yang luar biasa. "Good night Malaysian three seven zero" adalah perbualan terakhir dalam transkrip di antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit.
Pada 5 dan 6 April, pengesan kotak hitam digunakan oleh kapal peronda China Haixun 01 mengesan dua denyutan pendek di selatan perairan Lautan Hindi. Satu lagi denyutan dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat denyutan yang dikesan oleh Haixun 01.
Pada 7 April, kapal pertahanan Ocean Shield sekali lagi mengesan dua isyarat yang konsisten dengan yang dipancarkan oleh kotak hitam pesawat.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata isyarat "pinger" yang pertama dikesan selama dua jam 20 minit, manakala yang kedua ini dikesan selama 13 minit.
Apa yang kita tidak tahu
Lokasi sebenar
Fokus carian telah berubah berkali-kali sejak kawalan trafik udara terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 itu di antara Malaysia dan Vietnam. Ia bermula di Laut China Selatan, dan beralih ke arah Selat Melaka di sebelah barat. Kemudian kapal terbang dikesan isyaratnya setiap jam oleh sebuah satelit milik Inmarsat, sebuah syarikat British, selepas transponder pesawat dan semua sistem komunikasi telah ditutup dan menyebabkan Najib untuk mengatakan bahawa penerbangan berakhir di koridor selatan.
Kotak hitam
Kita tidak akan mengetahui apa-apa jawapan sehingga kotak hitam ditemui. Ia penting bagi melakukan siasatan lanjut kelak.
Tiada bukti fizikal seperti mayat dan bangkai pesawat
Sejak beberapa bulan lepas, terdapat pelbagai “objek” yang dikesan satelit, terutama sekali dari satelit Australia, China dan Perancis. Walau bagaimanapun, beberapa "objek" itu didapati tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penerbangan yang hilang.
Teori konspirasi
Sejak hari pertama kehilangan pesawat M370, pelbagai teori konspirasi timbul. Berikut adalah beberapa teori konspirasi:
Pesawat itu dirampas
Insiden itu disamakan dengan kejadian 9/11 dan pakar penerbangan percaya bahawa pesawat berkenaan mungkin telah dirampas walaupun tidak semestinya untuk tebusan atau tuntutan lain.
Rampasan melalui telefon bimbit
Kononnya telefon bimbit digunakan untuk mengodam sistem pesawat dan "menukar kelajuan, ketinggian dan arah dengan menghantar isyarat radio kepada sistem pengurusan penerbangan. Ia kemudiannya boleh mendarat atau membuat pesawat terhempas dengan kawalan jauh."
Diego Garcia
Ada yang berkata bahawa MH370 telah dirampas oleh Amerika Syarikat dan kemudian diterbangkan ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia atau pesawat itu terus mendarat di pangkalan itu secara sendirinya. Teori terakhir dibangkitkan pada taklimat harian White House pada 18 Mac , Setiausaha Akhbar Jay Carney menjawab, "Itu tidak mungkin.”
Keganasan
Tiadanya panggilan kecemasan daripada juruterbang menunjukkan sama ada pesawat tersebut mengalami penyahmampatan letupan atau dimusnahkan oleh bahan letupan membawa kepada teori ini. Berdasarkan laporan, Malaysia juga amat terdedah terhadap ancaman aktiviti pengganas dan dijadikan sebagai negara transit dan perancangan bagi pengganas.
Letupan di atas kapal
Ada laporan berkata bahawa tekanan dalam kabin secara tiba-tiba boleh menyebabkan penyahmampatan letupan.
Masalah mekanikal
Pakar berkata pesawat yang berpatah balik kebiasaannya disebabkan terdapat kerosakan pada pesawat. Namun tiada panggilan kecemasan dilakukan oleh juruterbang.
Pesawat terhenti secara tiba-tiba
Sesetengah pakar mengaitkan beberapa persamaan di antara kejadian MH370 dan kehilangan Penerbangan Air France 447.
Kesilapan juruterbang
Juruterbang mungkin tidak sedar kapal terbang telah tersasar.
Pesawat ‘berhantu’
Beberapa teori konspirasi mencadangkan bahawa pesawat itu bertukar menjadi kapal terbang ‘hantu’ selepas setiap penumpang kapal terbang, termasuk juruterbang, tidak sedarkan diri akibat tekanan kabin. Pada tahun 2005, penerbangan 522 Boeing 737 milik Helios Airways terhempas di Greece kerana juruterbang mati akibat hipoksia dan telah tersalah anggap tentang isyarat dan lampu amaran tekanan dan kepada isyarat keselamatan yang lain. Kru penerbangan yang mempunyai latihan juruterbang dan mampu untuk kekal sedar, cuba tetapi tidak berjaya untuk mengawal kapal terbang sebelum pengsan. Pesawat itu berada di udara selama dua jam sebelum kehabisan minyak dan terhempas.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.