Skip to main content

Dunia

AS-Israel sasar lapangan terbang, universiti di Tehran

Iranian capital Tehran under new rounds of airstrikes -- REUTERS
Shahid Beheshti University di Velenjak dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di Tehran menjadi antara sasaran serangan AS-Israel. - Gambar fail/ Reuters

ISTANBUL: Serangan udara AS-Israel menyasarkan beberapa lokasi di ibu negara Iran, Tehran, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad dan Shahid Beheshti University, menurut televisyen kerajaan Iran pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut saluran televisyen itu, serangan berkenaan menyebabkan kerosakan kepada Shahid Beheshti University di Velenjak, barat laut Tehran, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di barat Tehran turut menjadi sasaran.

Advertisement

Tiada maklumat segera diperoleh mengenai kemungkinan korban jiwa atau tahap kerosakan yang berlaku.

Di Telegram, Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan bahawa Israel menyasarkan Institut Plasma dan Laser di Shahid Beheshti University di utara Tehran.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video