Belum cukup menanggung penderitaan menunggu khabar berita untuk anaknya pulang, ibu kepada mangsa insiden kehilangan pesawat MH370, Kamariah Sharip, 55 terpaksa pula 'berlawan' dengan tekanan masyarakat yang membuat pelbagai andaian mengenai anaknya, Mohd Razahan Zamani.
"Kadang-kadang makcik tepaksa bergaduh dengan kawan makcik. Dia kata seronoklah makcik dapat duit (pampasan) yang banyak.
"Ya Allah Ya Tuhahku. Kau jaga mulut kau sikit makcik cakap dekat dia. Bagi makcik, yang penting anak makcik balik. Itu yang paling makcik marah. Memang makcik marah sangat.
"Kita ni dalam otak tengah fikir anak sahaja. Apa jadi kepada mereka, apa yang mereka lakukan sekarang. Mahu buat kerja pun tidak boleh, teringat. Kadang-kadang sampai bercakap seorang diri sambil pandang ke langit, Ya Allah manalah kau nak?
Kamariah bagaimanapun bersyukur kerana dia masih dikelilingi dengan sahabat dan sanak saudara lain yang tidak putus memberi sokongan kepadanya.
"Masa pertama kali mendapat berita itu, makcik dapat tahu daripada besan. Makcik sebelum itu menghantar anak makcik ke sekolah, dia ada sukan. Waktu tu makcik cakap kat anak makcik tu, mungkin 'Abang dah sampai ni dah pukul 10 pagi. Tengah hari kemudian besan sampai beritahu anak kami hilang.
"Masa tu rasa seperti tidak boleh berfikir apa-apa. Makcik tertanya hilang apa? Anak kita tu. Selepas tu besan makcik menggelupur dan makcik mula menangis. Dengan...tak boleh cakaplah masa tu. Masa itu makcik kat rumah. Ada seorang kawan Penjabi ketika itu menenangkan makcik. Dia kata ‘sabar, sabar kak’," tambah Kamariah ketika ditemui wartawan pada majlis 'Hari Memperingati MH370' di The Square, Publika, Jalan Dutamas Kuala Lumpur.
Kehilangan anaknya pada 8 Mac tahun lalu itu memang sebuah memori yang pahit bagi Kamariah apabila ia serentak dengan pemergian ibunya.
"Dah lah anak hilang, mak pula pergi (meninggal dunia). Makcik dah menggelupur dah dengan tak makan tak minum sebab terkejut. Sebab kita jangka dia (Razahan) sudah sampai (di Beijing).
"Waktu itu juga ramai orang buat andaian sampai pening kepala makcik. Banyak andai-andaian mereka ini. Ianya sudah menjadi seperti bola. Tendang sana, tendang sini. Jadi gila siapa? Keluargalah jadi gila.
"Mereka cakap anak makcik ini sudah dibunuhlah, kapal terbang sudah kena potonglah. Ya Allah, otak makcik. Kalau adik (aju kepada wartawan) boleh terimakah bila orang cakap macam ni? Keluarga jadi mangsa dalam keadaan begini.
Untuk mengharungi pelbagai cabaran dan tekanan ini Kamariah berkata kekuatannya adalah daripada keyakinannya kepada perancangan Tuhan.
"Makcik banyak berdoa kepada Allah. Sebab kita apa-apa kita berserah kepada Allah. Allah yang Maha Adil. Makcik yakin kita sebagai orang Islam, kita kena yakin dengan Allah. Dia nampak semua ini.
"Walaupun macam-macam orang cakap, andaian itu, andaian ini. Makcik tetap sabar, makcik terima apa segala dugaan pun," ujar Kamariah.
Mariah Ahmad
Mon Mar 09 2015
KAMARIAH : Mahu buat kerja pun tidak boleh, teringat, bercakap seorang sambil pandang ke langit 'Ya Allah manalah kau nak? . - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MH370: 'Terpaksa gaduh dengan kawan sebab isu duit pampasan' - Kamariah
Belum cukup menanggung penderitaan menunggu khabar berita untuk anaknya pulang, ibu kepada mangsa MH370 terpaksa berlawan dengan tekanan andaian orang ramai.