Seorang pakar berpendapat usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kini tidaklah serumit dahulu ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan pencarian di kawasan yang salah.
Saintis angkasa lepas dan fizik di New Zealand, Duncan Steel, menyatakan perkara itu dalam wawancara menerusi e-mel dengan Bernama susulan pengumuman Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) baru-baru bahawa pesawat berkenaan tidak berada di sekitar tempat isyarat akustik, yang dikesan sebelum ini.
"Itu semua bukan petunjuk sebenarnya (bagi dakwaan pengesanan isyarat akustik). Langkah menolaknya adalah sesuatu yang baik kerana ini membolehkan pertimbangan diberi terhadap kemungkinan yang lain pula," kata Steel, yang juga Profesor Pelawat bidang Astrobiologi di University of Buckingham, England dan saintis angkasa lepas di Pusat Penyelidikan NASA-Ames di California, Amerika Syarikat.
Menurutnya isyarat ping sonik yang dikesan di Lautan Hindi (bagi seorang ahli fizik) jelas sekali bukan berpunca daripada alat pengesan kedudukan kecemasan MH370 selain pengumuman ATSB tidak berkaitan langsung dengan maklumat yang diperoleh dari satelit.
Beliau percaya berdasarkan maklumat data mentah yang dikeluarkan, besar kemungkinan MH370 menuju ke selatan pada kelajuan hampir 500 knot dan berakhir lebih jauh dari kawasan pencarian sekarang.
Steel memuji syarikat telekomunikasi Britain, Inmarsat kerana usahanya mengeluar dan membuat analisis terhadap data berkenaan, yang memberikan hasil yang baik.
"Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna saya yakin hasilnya adalah tepat kerana kami tidak diberi maklumat penting tentang komposisi BFOs (Burst Frequency Offsets) dan model tugas yang dilakukan Inmarsat.
"Sekiranya kami mendapat maklumat itu, kami boleh meneliti apa yang telah dilakukan untuk mengesahkannya atau mungkin menemui kesilapannya," kata beliau.
Steel berpendapat sekurang-kurangnya pertimbangan patut diberikan terhadap koridor utara, sebelum kemungkinannya diketepikan secara mutlak.
"Sebagai contoh, ada orang yang perlu pergi melihat tempat pesawat berkenaan dikatakan terhempas di Besh Tash Valley (Kyrgyzstan) berikutan terdapat andaian adanya gumpalan asap selepas pesawat berkenaan terhempas.
"Secara realiti, itu hanyalah satu per 1,000 daripada kemungkinan yang ada, tetapi mengapa tidak ke sana terlebih dahulu sebelum menolaknya?" kata beliau.
Sementara itu, bekas ketua juruterbang Malaysia Airlines Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai hasil analisis dan kiraan yang dibuat Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Nahas Udara (AAIB) berikutan pengumuman ATSB itu.
"Kiraan yang dibuat berdasarkan data Inmarsat itu disahkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika, AAIB, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan Pusat Penyelarasan Tindakan Bersama (JACC) yang berpangkalan di Perth," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata semua badan itu, selain DCA dan NTSB, boleh dianggap sebagai badan luar yang hampir tidak langsung mempuyai kepentingan secara langsung dan mereka bersetuju dengan hasil itu.
Nik Ahmad Huzlan juga berkata semua kiraan itu turut disahkan pakar tempatan yang mahir dalam bidang komunikasi satelit daripada sudut teknikal.
"Bagaimanapun, terdapat margin kesilapan yang berpunca daripada penggunaan andaian, yang memungkinkan kawasan mencari diperluaskan," katanya.
Bernama
Mon Jun 02 2014
MH370 - Gambar Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.