awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MiACES 2022: Kerajaan galak penggunaan hampas isirung sawit bagi akuakultur dan penternakan - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
26/07/2022
04:40 MYT
MiACES 2022: Kerajaan galak penggunaan hampas isirung sawit bagi akuakultur dan penternakan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Perasmian Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengalakkan penggunaan hampas isirung sawit sebagai bahan mentah makanan domestik bagi sektor akuakultur dan penternakan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi penggunaan bahan biojisim itu, dijangka dapat mengurangkan pergantungan import makanan ternakan dan akuakultur dari luar negara.
Malah ia dapat menyumbang kepada inisiatif sekuriti makanan negara dengan memperkukuh rantaian bekalan makanan domestik.
"Kerajaan menyedari seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan dengan cabaran sekuriti makanan akibat ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim.
"Perkembangan ini menjejaskan rantaian bekalan makanan kerana ada negara menghentikan eksport bahan makanan untuk keperluan haiwan ternakan.
"Justeru, kerajaan amat menggalakkan usaha menjadikan hampas isirung sawit sebagai bahan mentah makanan domestik akuakultur dan penternakan, bagi mengurangkan pergantungan import dan menyumbang kepada inisiatif sekuriti makanan negara," jelasnya.
Tambah Ismail, pendekatan itu juga dapat memacu pembangunan kitaran ekonomi, lebih-lebih lagi apabila Malaysia merupakan antara negara pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia.
"Pada masa yang sama, pendekatan untuk menggunakan bahan mentah daripada sisa buangan atau lebihan di sepanjang rantaian nilai sektor agrikomoditi, juga diberi tumpuan bagi memacu pembangunan ekonomi kitaran ekonomi.
"Ini termasuk menjadikan sumber biojisim agrikomoditi sebagai antara komponen penting dalam ekonomi kitaran yang berupaya menghasilkan produk nilai tambah, sekali gus membolehkan Malaysia bakal muncul sebagai hab biojisim," jelasnya lagi.
Ismail berkata demikian ketika melancarkan MiACES 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Selasa.
Turut menyaksikan perasmian, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin
Berlangsung selama tiga hari, MiACES 2022 bakal menampilkan penglibatan inovator, pelabur dan pengeluar hasil agrikomoditi dari 39 buah negara.
Topic Berkaitan
#MiACES 2022
#ismail sabri yaakob
#isirung sawit
#Agrikomoditi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan