PENGUMUMAN Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berhubung komitmen kerajaan melalui kementeriannya untuk memberi keutamaan terhadap usaha-usaha pembangunan sosio ekonomi masyarakat India melalui Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) tentu memberi sedikit sebanyak harapan kepada usaha menyambung semula pelaksanaan MIB yang tergendala berikutan kegagalan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan pelan tersebut ketika menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Namun sedemikian, saya berharap pelaksanaan MIB kali ini akan memberi tumpuan terhadap usaha- usaha pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India secara lebih tersasar berbanding sebelumnya.
Walaupun keperluan asas pembangunan sosio ekonomi masyarakat India tidak banyak berubah sejak beberapa tahun yang lalu, namun penularan wabak COVID-19 pada awal tahun lepas memerlukan kita untuk menyusun semula keutamaan pada sektor-sektor tertentu.
Perkara Penting
Perkara ini penting agar peruntukan sebanyak RM100 juta yang diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) di bawah Kementerian Perpaduan Negara dapat digunakan dengan sebaik mungkin mengikut keperluan sebenar masyarakat India terutamanya dalam berdepan dengan impak penularan wabak COVID-19 dalam segenap sektor.
Antara cadangan saya kepada Mitra di bawah Kementerian Perpaduan Negara sekitar tahun lalu adalah untuk menggunakan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada peruntukan tahunan mereka dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) untuk program-program yang bersifat 'direct impact'.
Antaranya adalah melalui penyediaan peruntukan tahunan untuk pembekalan peranti pembelajaran atas talian kepada 10,000 pelajar dari latar belakang yang memerlukan dengan kos RM10 juta untuk tempoh satu tahun serta penyediaan peruntukan untuk membekalkan subsidi perkhidmatan internet kepada sekurang-kurangnya 10,000 isi rumah yang memerlukan dengan kos RM18 juta untuk tempoh dua tahun.
Kedua-dua cadangan itu berdasarkan keperluan dan kepentingan memiliki peranti dan sambungan internet demi pembangunan sosio ekonomi kontemporari yang melibatkan pelbagai sektor seperti pendidikan, kemahiran dan peluang perniagaan atas talian.
Saya juga percaya bahawa sudah tiba masanya peruntukan yang diberikan kepada Mitra setiap tahun digunakan untuk tujuan mewujudkan skim latihan dan pembangunan kemahiran yang tersasar dengan kerjasama industri-industri yang terpilih agar kita juga dapat melatih tenaga kerja negara daripada masyarakat India secara lebih efektif.
Sebagai contoh, Mitra boleh mewujudkan kerjasama strategik dengan syarikat Microsoft untuk menganjurkan program latihan dan pembangunan kemahiran bagi memenuhi keperluan hampir 19,000 peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang projek pusat data pertama Microsoft di negara ini.
Mitra juga boleh memberi tumpuan kepada pelbagai industri yang lain secara lebih tersasar mengikut keperluan kontemporari Masyarakat India.
Ini tidak bermakna keperluan asas pembangunan sosio ekonomi Masyarakat India perlu diketepikan sama sekali. Keperluan asas juga perlu dijaga namun jangan disebabkan itu semata-mata, kita gagal memberi tumpuan kepada keperluan semasa.
Tumpuan juga harus diberikan terhadapa usaha mewujudkan sistem pendidikan prasekolah yang lebih efisien bagi masyarakat India.
Umum mengetahui, Mitra melalui kerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendanai institusi-institusi prasekolah terpilih di seluruh negara.
Namun sistem sedia ada mempunyai beberapa kekangan terutamanya dari segi penyampaian sumber kepada institusi-institusi yang terlibat.
Perkara ini menjejaskan kebolehan institusi-institusi yang terlibat untuk beroperasi secara efisien.
Saya harap permasalahan ini akan diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya dalam proses penambahbaikan MIB kali ini.
Malah saya juga berpandangan Mitra harus memberi keutamaan terhadap usaha-usaha pembangunan modal insan masyarakat India.
Misalnya baru ini, Mitra dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia telah menganjurkan program intervensi '1 Force Against Crime' di seluruh negara sebagai langkah menyantuni anak-anak muda yang berpotensi terlibat dalam aktiviti jenayah.
Program-program seperti ini juga harus diteruskan dari semasa ke semasa dan bukannya diadakan sebagai bersifat 'one off' semata-mata.
Lebih Kontemporari
Selain program intervensi terhadap kegiatan jenayah, Mitra juga boleh mempertimbangkan untuk mendanai program-program intervensi yang lebih kotemporari seperti pencegahan permasalahan rumah tangga atau pembangunan kesihatan mental yang secara kebetulan menjadi antara isu utama sejak bermulanya pandemik ini.
Secara umumnya, Mitra perlu keluar dari kerangka operasi sedia ada dan mula memberi tumpuan secara lebih bersasar mengikut keperluan kontemporari masyarakat India dalam usaha membantu penggubalan MIB yang lebih komprehensif agar lebih ramai menerima manfaat secara langsung mahupun tidak langsung dari Mitra.
Ini juga bermaksud pihak Kementerian Perpaduan Negara perlu mengusahakan peruntukan yang lebih tinggi untuk Mitra berbanding sebelum ini.
Dalam RMK11 dan Kajian Separuh Penggal RMK11, Mitra hanya diperuntukkan RM100 juta setiap tahun yang mana bersamaan dengan RM500 juta untuk tempoh lima tahun.
Walaupun terdapat rekod bahawa Mitra tidak dapat menghabiskan peruntukan tahunanya sebelum ini, namun dengan melaksanakan pendekatan baru yang lebih luas dan merangkumi segenap keperluan agenda pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India, sudah tentunya Mitra memerlukan peruntukan yang lebih tinggi.
Oleh itu, saya berharap kerajaan juga akan mempertimbangkan permohonan untuk meningkatkan jumlah peruntukan tahunan Mitra selaras komitmen yang diumum Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Komitmen kerajaan tehadap agenda pembangunan sosio ekonomi masyarakat India melalui MIB tidak boleh terhad kepada pengumuman komitmen mahupun pelaksanaan program sedia ada semata-mata namun perlu berteraskan keperluan kotemporari masyarakat India di negara ini.
* Penulis adalah Naib Presiden MIC
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Sivarraajh Chandran
Wed Apr 21 2021
Komitmen kerajaan tehadap agenda pembangunan sosio ekonomi masyarakat India melalui MIB tidak boleh terhad kepada pengumuman komitmen mahupun pelaksanaan program sedia ada semata-mata. - Gambar fail/Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.
PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India
MIC akan turun padang berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.