awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC Labuan bubar

Bernama
Bernama
18/11/2018
14:07 MYT
MIC Labuan bubar
MIC Labuan yang ditubuhkan pada 1986 mempunyai lima cawangan dengan 336 anggota di pulau itu. -Gambar fail
MIC bahagian Labuan hari ini bubar selepas semua anggotanya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti dan mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mulai hari ini.
MIC Labuan yang ditubuhkan pada 1986 sebaik sahaja UMNO dan MCA melebarkan sayapnya ke Labuan, mempunyai lima cawangan dengan 336 anggota di pulau itu.
Bekas Pengerusinya Datuk Ramasamy Rengasamy mengumumkan keputusan parti itu selepas bermesyuarat dengan semua anggotanya bagi memutuskan halatuju politik komuniti india di Labuan hari ini.
Beliau mendakwa keputusan dibuat selepas pihaknya berunding dengan ibupejabat MIC.
"Kami merumuskan satu resolusi berhubung pendirian politik kami, di mana demi kepentingan komuniti India di sini, kami memilih untuk menyokong Perdana Menteri dan kerajaan semasa," katanya kepada Bernama selepas mengadakan mesyuarat selama kira-kira dua jam dengan pemimpin-pemimpin MIC Labuan dan anggotanya di Hotel Lazenda di sini.
Ramasamy berkata bekas pemimpin-pemimpin MIC Labuan serta anggotanya belum membuat sebarang keputusan parti komponen mana dalam Pakatan Harapan (PH) yang akan disertainya, namun keputusan akan diumumkan sebelum hujung tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#MIC
#Pakatan Harapan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan