awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC ugut boikot jika dinafikan jawatan Speaker Perak

Teoh El Sen
Teoh El Sen
08/06/2013
12:55 MYT
MIC ugut boikot jika dinafikan jawatan Speaker Perak
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini berkata bahawa MIC tidak akan mengambil apa-apa jawatan, termasuk jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar, jika kerajaan Perak menafikan jawatan Speaker kepada MIC.
"Kami tidak akan mengambil apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Perak," kata Palanivel dalam satu kenyataan akhbar.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata bahawa MIC akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat untuk membincangkan perkara ini.
"Kami juga akan membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya cawangan, pilihan raya presiden, pilihan raya bahagian dan pemilihan parti untuk pemegang jawatan."
Mesyuarat itu dijadualkan pada hari Selasa (18 Jun) di ibu pejabat parti.
Palanivel, yang juga Ahli Parlimen Cameron Highland, berkata apabila pembangkang telah mentadbir kerajaan negeri Perak ia memberi jawatan Speaker kepada seorang India.
Pada tahun 2008, apabila Pakatan Rakyat menang di negeri Perak, ia memberikan jawatan Speaker kepada ADUN Tronoh V. Sivakumar - Speker India pertama di negeri itu. Apabila BN merampas Perak, ia melantik ketua MIC Datuk R. Ganesan sebagai Speaker.
"Sekarang jawatan tersebut diambil daripada kita... Perak Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) perlu membuat keputusan untuk memberikan kita kembali jawatan itu," katanya.
Jika tidak, kata Palanivel, MIC akan kekal bersama BN di Perak tetapi tidak akan mengambil apa-apa jawatan termasuk ahli majlis sebagai tanda protes.
Beliau berkata beliau telah membangkitkan isu ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Zahid merupakan naib presiden Umno dan seorang Ahli Parlimen di Perak.
Topic Berkaitan
#G Palanivel
#MIC
#Speaker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan