awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft OneDrive versi web kini sokong mod luar talian

Amanz
Amanz
30/04/2024
10:45 MYT
Microsoft OneDrive versi web kini sokong mod luar talian
Mod ini membenarkan pengguna yang kekangan akses Internet untuk mengakses Home, My files, Shared, Favorites, People, dan Meeting dengan lebih mudah. -Amanz
MICROSOFT OneDrive adalah antara perkhidmatan storan awan yang berbaloi untuk dilanggan. Ini kerana pelan keluarga 1TB, memberi setiap ahli 1TB kuota dan bukannya kongsi bersama.
Harga juga amat mampu milik berbanding lain. Terbaharu, Microsoft telah mengemas kini OneDrive versi web untuk menyokong mod luar talian.
Mod ini membenarkan pengguna yang kekangan akses Internet untuk mengakses Home, My files, Shared, Favorites, People, dan Meeting dengan lebih mudah.
Anda hanya perlu pilih fail yang ingin diakses tanpa Internet sebagai offline. Microsoft turut menyatakan pengguna turut boleh menetapkan fail yang mana yang hanya boleh diakses dengan Internet.
Kemudian dengan bantuan aplikasi OneDrive Sync pada Windows atau macOS, prestasi penggunaan akan meningkat sehingga 3x.
Untuk menggunakan mod luar talian, ia hanya berfungsi jika jumlah fail yang disimpan adalah bawah 250,000.
Ia juga terhad kepada pengguna dengan akaun perniagaan atau pendidikan dengan menggunakan pelayar web berasaskan Chromium.
Butiran lain mengenai ciri mod luar talian OneDrive, Microsoft turut menyediakan laman web khas yang anda boleh akses di sini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft
#OneDrive
#perkhidmatan storan awan
#mod luar talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan