awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah dalam proses dapatkan pensijilan MS ISO 9001:2015 dan ABMS 37001:2025
Pedati emas dahului perarakan Thaipusam di Pulau Pinang esok, tiada perubahan aturan
JBPM tidak kompromi salah laku anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft pecat dua lagi kakitangan terlibat protes Azure intip warga Palestin

Amanz
Amanz
29/08/2025
05:15 MYT
Microsoft pecat dua lagi kakitangan terlibat protes Azure intip warga Palestin
Aktivis mendakwa Microsoft membantu Israel melakukan pengawasan terhadap rakyat Palestin melalui teknologi Azure. -Amanz
KELMARIN, pejabat Presiden Microsoft, Brad Smith diceroboh tujuh aktivis No Azure for Apartheid.

Ringkasan AI
  • Dua pekerja Microsoft dipecat selepas menyertai protes aktivis No Azure for Apartheid yang menceroboh pejabat Brad Smith.
  • Aktivis mendakwa Microsoft membantu Israel melakukan pengawasan terhadap rakyat Palestin melalui teknologi Azure.
  • Microsoft menafikan penglibatan dalam genosid dan melantik firma luar untuk menyiasat dakwaan penyalahgunaan Azure.

Akibat pejabat tidak boleh diakses untuk beberapa jam dan kampus ditutup sementara atas sebab keselamatan.
Dua daripada aktivis adalah kakitangan yang masih bertugas dengan syarikat dan hari ini mereka telah dipecat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi No Azure for Apartheid, salah seorang kakitangan yang dipecat berkata: “Kami berada di sini kerana Microsoft terus menyediakan Israel dengan alat yang diperlukan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai sambil menyemai ragu pekerjanya sendiri tentang realiti ini.
Kami adalah segelintir daripada beribu-ribu pekerja yang enggan membiarkan tenaga kerja mereka digunakan untuk pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin.”
Awal tahun ini Microsoft menafikan penggunaan teknologi mereka dalam genosid yang masih berlalu di Palestin.
Kemudiannya laporan baharu diterbitkan oleh The Guardian, +972 Magazine dan Local Call menunjukkan storan awanan Azure digunakan untuk mengintip perbualan kesemua warga Palestin oleh Unit 8200 Israel sejak 2022.
Pelayar Azure dilaporkan menyimpan 200 juta jam perbualan telefon warga Palestin dengan ia mengambil ruang simpanan 11,500 TB.
Ini menyebabkan Microsoft melantik firma luar untuk sekali lagi melakukan siasatan infrastruktur mereka digunakan untuk intipan kerana ia melanggar terma dan syarat penggunaan Azure. -Amanz
Topic Berkaitan
#staf Microsoft dipecat
#protes aktivis
#No Azure for Apartheid
#Azure intip warga Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan