KUALA LUMPUR: Mara In Fashion (MIF) meneruskan kesinambungan dalam merancakkan kembali industri fesyen tanah air yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan mengadakan Mara In Fashion Ready To Wear (MIF RTW) 2021/2022.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, pertunjukan tersebut merupakan pentas peragaan fesyen pertama yang diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian di negara ini.
Ujar beliau, ia bersesuaian dengan keadaan norma baru negara yang sedang memasuki fasa endemik COVID-19.
"Program MIF RTF 2021/2022 merupakan kesinambungan inisiatif Mara di bawah program MIF dalam memperkasa dan memperkukuhkan lagi usahawan-usahawan fesyen setelah terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Kita semua tahu ramai yang terkesan akibat COVID-19 ini," katanya dalam ucapan perasmian MIF RTW 2021/2022 di Grand Hyatt Kuala Lumpur, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Azizah berkata, berkonsepkan 'Ready To Wear' dengan tema 'Identiti' itu sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada usahawan dan pereka muda.
Menurutnya, ia bertujuan menunjukkan 'signature style' rekaan pakaian masing-masing dalam usaha untuk menempatkan jenama mereka supaya dikenali dan bersaing dengan jenama lain di pasaran fesyen dalam dan luar negara.
"Apa yang menariknya MIF ini adalah pakej lengkap yang disediakan kepada peserta terpilih merangkumi 4 fasa latihan keusahawanan yang merangkumi semua aspek dalam perniagaan fesyen dan bimbingan secara terus oleh pakar-pakar industri fesyen seperti Faizal Hamid, Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen Fakulti Seni Lukis dan Reka Bentuk dari Fakulti Seni Lukis UiTM, Fiziwoo dan lain-lain lagi.
"Bukan itu sahaja, pereka fesyen MIF juga akan ditawarkan dengan kemudahan keusahawanan lain seperti kemudahan pembiayaan dan premis perniagaan," ujarnya.
Dalam pada itu, Azizah berkata, pertunjukan tersebut dimeriahkan dengan penglibatan 20 pereka muda yang bakatnya digilap oleh Mara bagi menyemarakkan industri fesyen tanah air.
"Mereka telah melalui beberapa siri latihan selama enam bulan sejak September 2020 sehingga Februari tahun ini bagi menghasilkan rekaan terbaik yang akan diperagakan pada hari ini.
"Saya harap para pereka di sini menjadikan pentas sebagai satu permulaan untuk memperkenalkan jenama dan produk mereka.
"Apabila jenama dikenali kelak, maka mudah untuk anda membina rangkaian, sekali gus memasarkan ke peringkat antarabangsa," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 31 2021
Azizah bersama pereka fesyen dan penerima anugerah MIF dalam MIF RTW 2021/2022 di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.
UiTM komited transformasi pendidikan awal kanak-kanak
Sejak kebelakangan ini, pendidikan awal buat kanak-kanak sering menjadi topik perbincangan, bukan hanya melibatkan ibu bapa tetapi juga pakar-pakar.
UiTM berperanan majukan orang Melayu, bumiputera sehingga dapat berdiri sendiri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan yang dimainkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan pendidikan orang Melayu dan bumiputera telah membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.